• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BMW sediakan pengecas pantas kenderaan elektrik, bermula di Ara Damansara

  • OLEH Najib
  • 3:35 pm
  • 17/12/2021
  • Komen
BMW sediakan pengecas pantas kenderaan elektrik, bermula di Ara Damansara
Share on FacebookShare on Twitter

Selaras dengan usaha kerajaan untuk memajukan industri kenderaan elektrik di Malaysia, pengeluar kenderaan premium BMW Group Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan pemasangan pengecas pantas DC di pusat-pusat pengedaran BMW i untuk kegunaan awam. Lokasi pertama pemasangan ini adalah Auto Bavaria, Ara Damansara.

Sebelum tibanya barisan kenderaan BMW i generasi terbaharu, BMW Group Malaysia bertekad untuk menggiatkan penyediaan infrastruktur pengecasan di Malaysia, berserta dengan Rapid-Charging DC Charger untuk pengecasan segera di pusat pengedaran yang terpilih di seluruh negara. Pembangunan stesen pengecasan segera ini dilakukan BMW dengan kerjasama Greentech Malaysia.



Sehingga kini, BMW Group Malaysia telah mengedarkan lebih daripada 21,000 buah kenderaan BMW dan MINI berelektrik di Malaysia. Kenderaan elektrik BMW i yang pertama, telah dijual di Malaysia sejak tahun 2015.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Kami telah menerajui peralihan ke arah elektrifikasi bukan sahaja melalui portfolio kenderaan elektrik kami, namun juga dengan meluaskan rangkaian infrastruktur pengecasan tempatan di seluruh negara. Kami telah menjalin kerjasama dengan GreenTech Malaysia untuk melahirkan sebuah ekosistem yang mampu menjulang mobiliti elektro, dan sedang meneruskan usaha untuk menunaikan komitmen tersebut bersama jaringan pengedar kami yang berdedikasi – bukan sahaja untuk pemilik BMW dan MINI, malah begitu juga dengan para pemilik kenderaan elektrik di Malaysia. Kami yakin langkah ini dapat meningkatkan akses ke atas infrastruktur pengecasan di seluruh negara, selain membantu menangani kekhuatiran pengguna yang ingin memiliki kenderaan elektrik di Malaysia, misalnya bagi perihal melibatkan jarak operasi kenderaan.”



Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria menyatakan, “Seperti BMW Group, kami juga berpendapat bahawa masa hadapan kita akan berlandaskan elektrik, dan kami berbesar hati untuk menyertai kumpulan pengedar yang pertama untuk merealisasikan visi ini dengan memasang DC Fast Charger di premis kami bagi kegunaan awam. Pelanggan setia kami juga kini boleh mengunjungi pusat pengedaran kami dan menikmati Pengalaman Pemilikan Elektrik yang dijanjikan kerana kami juga menggalas tanggungjawab bersama BMW Group Malaysia untuk menggiatkan peralihan ke arah mobiliti elektro di Malaysia.”

Pemasangan pengecas kenderaan elektrik di Malaysia semakin pesat dilakukan. Antara pengumuman yang dibuat tahun ini adalah kerjasama TNB dan DHL, Porsche dan Shell serta Petronas dan Mercedes.

Dalam pembentangan Bajet 2022, kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV). Pengecualian cukai jalan sehingga 100% juga diberikan kepada kenderaan berkenaan. Di samping itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.

Bacaan Berkaitan

  • Porsche dan Shell bangunkan 6 lokasi mengecas kereta elektrik berkuasa tinggi di Malaysia
  • TNB dan DHL jalin kerjasama bangun stesen pengecas kereta elektrik
  • Pengecas EV akan dipasang di stesen Petronas Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur
Tags: BMWKereta elektrik
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
BMW sediakan pengecas pantas kenderaan elektrik, bermula di Ara Damansara

BMW sediakan pengecas pantas kenderaan elektrik, bermula di Ara Damansara

17 December 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER