• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Filem Eternals akan bersiaran di Disney+ Hotstar pada 12 Januari

  • OLEH Najib
  • 6:23 pm
  • 17/12/2021
  • Komen
Filem Eternals akan bersiaran di Disney+ Hotstar pada 12 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Filem Marvel Studios terbaru, Eternals akan menemui pelanggan Disney+ Hotstar tidak lama lagi. Eternals telah ditayangkan di pawagam di Malaysia pada 4 November 2021 dan ia akan menemui pelanggan Disney+ Hotstar seawal Januari 2022.

Menurut Disney+ Hotstar Malaysia, semua pelanggan mereka akan dapat menonton filem Eternals mulai 12 Januari 2022. Disney kini dilihat menyiarkan filem terbaru mereka di platform penstriman, sekitar tiga bulan selepas ditayangkan di pawagam. Ia bermula daripada Black Widow tahun lepas, diikuti siaran Shang-Chi dan Jungle Cruise di Disney+ Hotstar pada November lepas.



Eternals menampilkan sekumpulan adiwira makhluk asing dari luar bumi, yang telah menetap di bumi sejak ribuan tahun dahulu. Mereka melindungi bumi secara senyap dan memunculkan diri setelah seteru mereka, Deviant yang disangka telah lama hilang secara misteri telah kembali ke bumi. Di sini, Eternals berkumpul dan bergabung tenaga menentang Deviant.

Filem ini dibarisi banyak pelakon hebat seperti Angelina Jolie, Salma Hayek, Don Lee (aka Ma Dong-seok) Gemma Chan, Richard Madden, Kumail Nanjiani, Lauren Ridloff, Brian Tyree Henry, Lia McHugh, dan Kit Harrington. Ia diarahkan oleh Chloé Zhao dan diterbitkan oleh Kevin Feige dan Nate Moore.



Jika anda belum melanggan Disney+ Hotstar, anda boleh melakukannya dengan melayari portal Disney+ Hotstar Malaysia. Hanya ada satu pelan disediakan, berharga RM54.90 untuk 3 bulan. Tetapi jika anda pelanggan pek Movie Astro, anda boleh menebus pendaftaran percuma di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Filem Shang-Chi dan Jungle Cruise akan tiba di Disney+ Hotstar pada 12 November
  • Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform
  • Disney+ Hotstar Malaysia: Ultra HD 4K, sokongan peranti dan cara membayar langganan
Tags: DisneyEternalsMARVEL
Najib

Najib

POPULAR

Filem Eternals akan bersiaran di Disney+ Hotstar pada 12 Januari

Filem Eternals akan bersiaran di Disney+ Hotstar pada 12 Januari

17 December 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN