• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ZTE Axon 30 tiba di Malaysia, ada kamera tersembunyi di balik skrin

  • OLEH Najib
  • 2:50 pm
  • 20/12/2021
  • Komen
ZTE Axon 30 tiba di Malaysia, ada kamera tersembunyi di balik skrin
Share on FacebookShare on Twitter

ZTE Malaysia baru-baru ini mengumumkan ketibaan telefon pintar 5G baru mereka ke Malaysia, ZTE Axon 30 5G. Keunikan yang ada padanya adalah skrin penuh tanpa takuk dan lubang, kerana kamera hadapannya tersembunyi di sebalik skrin.

Kamera hadapan di sebalik skrin pertama kali terdapat di Malaysia menerusi telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold 3. Boleh dikatakan, ZTE Axon 30 5G adalah yang pertama di Malaysia memiliki kamera di belakang skrin, dengan skrin tidak boleh dilipat.



Harga dan promosi

Harga rasmi ZTE Axon 30 5G di Malaysia telah ditetapkan pada RM2,599 dan boleh mula dibeli sekarang. Hanya satu varian terdapat di sini iaitu RAM 12GB dan storan 256GB. Warna pula ada dua pilihan, antara hitam dan aqua.

Sebagai promosi pengenalan, ZTE menawarkan hadiah percuma berupa fon telinga berwayar Beyerdynamic DTX 350m bernilai RM239, kepada semua pembeli ZTE Axon 30 5G sehingga 4 Januari 2022. Orang ramai yang berminat, boleh mendapatkan tawaran ini menerusi Stor ZTE di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi

Telefon ini adalah peranti kelas flagship, dikuasakan cip Snapdragon 870, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,200mAh sahaja dan ia menyokong pengecasan pantas 65W menerusi Power Direct (PD) dan QuickCharge 4+.

Skrinnya agak besar, berukuran 6.92-inci HD Penuh jenis AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz. Ia melengkung di kedua belah sisi dan dilapisi kaca Corning Gorilla.

Tarikan utama telefon ini adalah kamera hadapannya yang tersembunyi di sebalik skrin, menjadikan skrin bersaiz penuh tanpa takuk atau lubang untuk kamera. Ini adalah telefon generasi kedua ZTE Axon dengan kamera di belakang skrin, selepas pertama diperkenal di Axon 20. Oleh itu, beberapa naik taraf terdapat pada skrin Axon 30 seperti cip khas paparan UDC-Pro dan litar pelbagai pacuan ACE untuk perubahan skrin dan kamera hadapan yang lebih lancar.

Kamera hadapan ini memiliki sensor 16MP F2.45 dengan piksel besar 2.24-mikron hasil gabungan 4 piksel kecil. Kamera belakang pula ada empat, di dalam modul dua bulatan besar. Kamera tersebut adalah kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 5MP dan kamera potret 2MP.

Telefon ini tiada jek audio dan ia memiliki hanya satu speaker mono, yang menyokong teknologibunyi HiFi dan DTS: X Ultra. Sistem operasi MyOS11 berasaskan Android 11 digunakan pada Axon 30 ini.

Bacaan Berkaitan

  • ZTE Axon 20, telefon pintar pertama dengan kamera di bawah skrin
  • ZTE Axon 30 Ultra ada trikamera 64MP & periskop sudah tiba di Malaysia
  • Samsung Galaxy Z Fold 3 dinaik taraf kalis air, sokongan S Pen & kamera tersembunyi
Tags: ZTEZTE Axon 30
Najib

Najib

POPULAR

ZTE Axon 30 tiba di Malaysia, ada kamera tersembunyi di balik skrin

ZTE Axon 30 tiba di Malaysia, ada kamera tersembunyi di balik skrin

20 December 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER