• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lembaga Zakat Selangor beri RM600 untuk setiap rumah terlibat banjir, ini cara untuk mohonnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:19 pm
  • 23/12/2021
  • Komen
Lembaga Zakat Selangor beri RM600 untuk setiap rumah terlibat banjir, ini cara untuk mohonnya
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Zakat Selangor telah mengumumkan program LZSPeduli, satu bantuan one-off kepada keluarga terjejas banjir. Sekiranya layak, setiap kediaman tersebut akan menerima tunai RM600 untuk meringankan beban pascabanjir.

Cara nak mohonnya mudah sahaja, anda hanya perlu kepilkan laporan polis yang ada pengesahan ketua masyarakat dan semuanya berlaku secara dalam talian.



Mohon LZSPeduli di sini

Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:



  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia ataupun pemustautin tetap
  3. Lahir dan menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun

Syarat ketiga saya kurang bersetuju kerana ia tidak adil kepada keluarga yang berhijrah ke Selangor untuk mencari rezeki dan menetap di sini lebih daripada 3 tahun. Diharapkan Lembaga Zakat Selangor boleh menurunkan sedikit syarat kelayakan supaya bantuan sampai ke lebih ramai mangsa banjir.

Permohonan akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja dan sebarang perkembangan boleh disemak di Sistem eZakatONLINE.

Satu lagi yang saya kurang setuju adalah tempoh bantuan yang dibuka sangat singkat. Ia ditutup pada 30 Disember 2021. Mangsa banjir dalam masa ini sedang membersihkan rumah mereka, bagaimana hendak cari masa untuk memohon?

Bacaan berkaitan

Perodua umum rebat alat ganti dan khidmat tunda untuk mangsa banjir – SoyaCincau.com

Electrolux tawar diskaun alat ganti 50% untuk yang terjejas banjir – SoyaCincau.com

Samsung tangung kos upah baiki peralatan rosak akibat banjir – SoyaCincau.com

TM akan ganti peralatan Unifi yang rosak akibat banjir secara percuma – SoyaCincau.com

Komputer anda mangsa banjir? Acer baikinya percuma walaupun diluar tempoh jaminan – SoyaCincau.com

Tags: banjirZakat Selangor
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lembaga Zakat Selangor beri RM600 untuk setiap rumah terlibat banjir, ini cara untuk mohonnya

Lembaga Zakat Selangor beri RM600 untuk setiap rumah terlibat banjir, ini cara untuk mohonnya

23 December 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN