• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P50 Pocket, telefon lipat kompak dengan kamera True Chroma & Ultra Spectrum

  • OLEH Najib
  • 12:10 pm
  • 24/12/2021
  • Komen
Huawei P50 Pocket, telefon lipat kompak dengan kamera True Chroma & Ultra Spectrum
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah mengadakan satu acara pelancaran besar-besaran di China, menampilkan beberapa produk baru mereka seperti telefon pintar, jam pintar serta laptop. Salah satu produk yang sangat menarik di pelancaran ini adalah telefon pintar boleh lipat, Huawei P50 Pocket.

Ini bukanlah peranti pertama Huawei dengan skrin boleh lipat kerana mereka telah lama dahulu melancarkan tablet boleh lipat, Huawei Mate X dan Huawei Mate X2. Tetapi ini adalah model pertama telefon pintar dengan skrin boleh lipat mereka, menjadikannya sangat kompak dan mudah disimpan.



Harga jualan

Buat masa ini, Huawei P50 Pocket terdapat di China sahaja. Ia bakal dijual di beberapa pasaran terpilih di masa akan datang. Terdapat tiga warna disediakan iaitu putih dan hitam bagi versi biasa, dan emas bercorak untuk versi khas.

Ada dua varian dijual di China iaitu:



  • Huawei P50 Pocket (RAM 8GB + Storan 256GB) – CNY 8,988 (~RM5,927)
  • Huawei P50 Pocket Special Edition (RAM 12GB + Storan 512GB) – CNY 10,988 (~RM7,246)

Harga ini agak mahal jika dibandingkan dengan pesaing terdekatnya, Samsung Galaxy Z Flip 3 yang dijual di Malaysia berharga RM4,199 untuk storan 256GB dan hanya RM3,999 dengan storan 128GB.

Spesifikasi

Kuasa flagship daripada cip Snapdragon 888 4G menjadi tunjang kepada Huawei P50 Pocket. Tetapi ia menerima nasib yang sama dengan Huawei P50 Pro iaitu tiada 5G disokong, akibat sekatan perniagaan oleh Amerika Syarikat. RAM pula terdapat sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB.

Skrin di Huawei P50 Pocket apabila dibuka penuh berukuran 6.94-inci. Ia adalah skrin OLED HD Penuh, dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Di atas skrin terdapat satu lubang kecil yang memuatkan kamera hadapan 10.7MP F2.2. Walaupun dengan skrin OLED, pengimbas capjari tidak terdapat di dalamnya tetapi diletakkan di dalam butang kuasa di tepi.

Di luar, terdapat satu lagi skrin sentuh kecil, juga jenis OLED berukuran 1.04-inci. Skrin luar ini terletak di dalam modul bulat di bahagian atas, berpasangan dengan satu lagi modul bulatan yang menempatkan tiga kamera belakang.

Kamera belakang ini menggandingkan kamera utama 40MP F1.8 dengan teknologi True-Chroma, kamera ultra lebar 13MP F2.2 dan kamera Ultra Spectrum 32MP F1.8. Sebagai peranti Huawei Siri-P, pastilah kamera menjadi fokus utama Huawei membangunkan P50 Pocket ini.

Menurut Huawei, gandingan enjin True Chroma dan kamera Ultra Spectrum menyerlahkan tangkapan kamera dengan meningkatkan tenaga dan ketajaman gambar. Ia juga menjadikan gambar lebih cerah walaupun di suasana malap.

Tenaga Huawei P50 Pocket disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas berwayar Huawei SuperCharge 40W. Tiada pengecasan wayarles terdapat padanya.

Sama seperti peranti Huawei terkini lain, P50 Pocket tidak menyokong Google Mobile Services dan tidak boleh menggunakan aplikasi Google padanya. Stor aplikasi rasmi adalah Huawei AppGallery, dibantu oleh enjin pencarian Petal Search serta aplikasi GSpace.

P50 Pocket vs Galaxy Z Flip 3

Di atas kertas, P50 Pocket dilihat ketinggalan berbanding Galaxy Z Flip 3. Kelebihan P50 Pocket adalah bateri lebih besar dan pengecas lebih pantas. Mungkin kamera juga lebih hebat tetapi perlu dibuat perbandingan. Satu perkara yang perlu diambil perhatian, tidak ada lagi jenama Leica pada kamera telefon ini.

Kelebihan Galaxy Z Flip 3 pula adalah sokongan pengecasan wayarles, pembesar suara stereo, skrin luar lebih besar, kalis air IP68, ada 5G dan boleh menggunakan aplikasi Gogole. Selain itu, harga P50 Pocket di China adalah lebih mahal berbanding harga rasmi Galaxy Z Flip 3 di Malaysia. Jika P50 Pocket datang ke Malaysia, pasti harganya lebih mahal daripada harga di China.

Apakah Huawei ada cara lain untuk menarik minat pengguna antarabangsa membeli P50 Pocket berbanding Galaxy Z Flip 3? Mungkin dari paras rupa serta kehebatan kamera.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Flip 3 terima skrin lebih besar, speaker stereo dan kalis air
  • Huawei Mate Xs Diumum Dan Nampak Seperti Peranti 5G Paling Praktikal Setakat Ini
  • Huawei Mate X2 tinggalkan rekaan lama dan ikuti jejak Samsung

Tags: HuaweiHuawei P50Huawei P50 Pocket
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Huawei P50 Pocket, telefon lipat kompak dengan kamera True Chroma & Ultra Spectrum

Huawei P50 Pocket, telefon lipat kompak dengan kamera True Chroma & Ultra Spectrum

24 December 2021
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER