• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Shopee

Dapatkan telefon pintar RM1 di Shopee sempena tahun baru

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:12 pm
  • 28/12/2021
  • Komen
Dapatkan telefon pintar RM1 di Shopee sempena tahun baru
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee akan mengadakan ShopeePay Day pada 1 Januari 2022. Ia membawakan pelbagai tawaran hebat serta pulangan tunai kepada pengguna apabila pembayaran dilakukan secara dalam atau luar talian dengan ShopeePay.

Pulangan tunai 100%

Pada tarikh itu juga, pengguna ShopeePay akan menerima pulangan tunai 100% (terhad kepada RM1.10) dengan pembelanjaan minimum RM1.10 menggunakan Baucar ShopeePay 1 Sen. Anda hanya perlu layari ShopeePay Limited Time Deals untuk dapatkan baucar-baucar menarik dari FamilyMart, Giant, KK Super Mart, Lotus’s, MR.DIY, Tealive dan banyak lagi.



Tebus tawaran ini di kedai fizikal yang mengambil bahagian dan buat pembayaran menggunakan ShopeePay pada 1 Januari untuk menerima pulangan tunai 100%.

Bagi anda yang pertama kali menggunakan baucar ShopeePay, pulangan tunai RM3 menanti anda dan ia boleh dinikmati tanpa pembelanjaan minimum.



Tambah nilai ShopeePay & berpeluang terima 33,333 syiling Shopee

Selain itu, ShopeePay juga menawarkan sehingga 33,333 syiling Shopee apabila pengguna menambah nilai dompet mudah alih mereka dengan nilai minimum RM30 pada 1 Januari. Untuk dapatkannya, anda perlu sertai cabutan bertuah. Caranya ialah:

  1. Pada satu Januari, tambah nilai minimum RM30 di ShopeePay anda
  2. Kemudian, anda akan diberikan satu peluang cabutan bertuah
  3. Tekan Claim Reward untuk main Scratch & Win.
  4. Gores kad maya untuk memenangi sehingga 33,333 syiling Shopee

Berbelanja minimum RM25 & nikmati pulangan tunai RM6

Pada 1 Januari juga, anda berpeluang menikmati pulangan tunai sebanyak RM6 apabila berbelanja minimum RM15 dengan ShopeePay di mana-mana kedai luar talian yang mengambil bahagian seperti Dragon-i, HaiDiLao, Leather Avenue, Sports Direct dan banyak lagi.

Penghantaran percuma ShopeeFood

Di samping itu, ShopeeFood akan menghantar pesanan anda secara percuma terhad kepada RM4, tanpa sebarang pembelanjaan minimum. Dalam masa yang sama, pelbagai baucar ShopeeFood tersedia dengan tawaran potongan sehingga RM12 dengan pembelanjaan minimum RM22.

Anda perlu tuntut baucar penghantaran percuma serta baucar diskaun makanan tersebut dan gunakannya pada 1 Januari.

Jualan RM1

Bukan itu sahaja, melalui 1.1 Jualan Tahun Baru, Shopee menawarkan koleksi barangan daripada pelbagai kategori berharga RM1 sahaja. Ia sedang berlangsung sekarang dan akan tamat pada 1 Januari 2022.

Selain itu, anda turut berpeluang memiliki sebuah telefon pintar dengan hanya RM1. Shopee akan menampilkan model telefon pintar berbeza setiap hari dan dua model telefon pintar pada 1 Januari dengan harga RM1 setiap satu. Bagi setiap telefon pintar, seorang pembeli bertuah akan dipilih untuk membelinya dengan harga RM1.

Bagi yang tidak terpilih, Shopee pulangkan semula RM1 mereka melalui ShopeePay.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Jan 1 ShopeePay Day, klik di sini.

Tags: ShopeeShopee 1.1
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Dapatkan telefon pintar RM1 di Shopee sempena tahun baru

Dapatkan telefon pintar RM1 di Shopee sempena tahun baru

28 December 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN