• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wanita Malaysia ini terlibat menghasilkan kesan visual & animasi Spider-Man: No Way Home

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:04 pm
  • 29/12/2021
  • Komen
Wanita Malaysia ini terlibat menghasilkan kesan visual & animasi Spider-Man: No Way Home
Share on FacebookShare on Twitter

Anda sudah tonton filem Spider-Man: No Way Home yang kini masih lagi ditayangkan di pawagam? Jika sudah, anda perlu tahu bahawa disebalik kejayaan menghasilkan filem itu, ada anak Malaysia yang bekerja dibelakangnya.

Perkara ini pada awalnya ditemui oleh seorang penonton bernama Kay dan dia kongsikannya melalui Twitter.



I saw this name during the credit scene for Spiderman, No Way Home.. and guess what, she’s Malaysian, still having MMU in her bio.
Local talent can go international, equip yourself with high demand skills and go! pic.twitter.com/xsXyKYG2bY

— Kay (@sirennextdoor) December 16, 2021

Dia ternampak nama Dayang Norrafida pada bahagian penghargaan (credit) filem dibawah jawatan Production Coordinator (penyelaras pengeluaran). Dia juga mendapat tahu bahawa individu tersebut merupakan rakyat Malaysia.

Berdasarkan profil LinkedIn Dayang Norrafida, dia merupakan seorang Production Coordinator di Luma Pictures, Melbourne, Victoria. Luma Pictures ialah sebuah studio kesan visual. Antara filem yang pernah terlibat dengan Luma ialah Black Panther, Doctor Strange dan Captain Marvel.



Dayang Norrafida sudah mula bertugas di sana dari Januari 2020 sehingga sekarang. Bagi filem Spider-Man: No Way Home, Dayang Norrafida terlibat dalam menghasilkan kesan visual dan animasi.

Selain itu, dia yang merupakan graduan Multimedia University (MMU) juga pernah terlibat dengan animasi filem popular yang lain, antaranya Godzilla Vs Kong, Shang Chi and the Legend of the Ten Rings, Loki dan The Eternals. Sebelum dia ke Australia untuk bekerja di Luma Pictures, dia ada melibatkan diri dengan beberapa buah produksi di Malaysia dan negara lain di Asia Tenggara.

Selain itu, menurutnya, bukan dia seorang sahaja rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembikinan filem Spider-Man: No Way Home, malah ada beberapa nama lagi yang menjayakannya. Antaranya ialah Liyana, Amanda Chin, Edmund Wong, Pei Fen Lee dan Slyvia Chin.

She saw this tweet, and DM-ed me. Here are the list of all other Malaysians who worked with her to make your marvel movies amazing. Go give em some love under this tweet guys, they read it pic.twitter.com/ecwxOTQFlu

— Kay (@sirennextdoor) December 18, 2021

Tak sangka ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, menjayakan filem hebat ini. Semoga Dayang Norrafida dan rakan Malaysianya yang lain dapat memberi inspirasi kepada golongan remaja untuk menempa nama di peringkat antarabangsa, sekaligus menceburi bidang industri kesan visual.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Dayang NorrafidaSpider-Man: No Way HomeSpiderman
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Wanita Malaysia ini terlibat menghasilkan kesan visual & animasi Spider-Man: No Way Home

Wanita Malaysia ini terlibat menghasilkan kesan visual & animasi Spider-Man: No Way Home

29 December 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN