• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Siri Zenfone 8 terima Android 12, anda boleh pasangnya secara manual sekarang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:06 pm
  • 30/12/2021
  • Komen
Siri Zenfone 8 terima Android 12, anda boleh pasangnya secara manual sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat pengguna siri Asus Zenfone 8. Pengeluar telefon itu telah mula mengedarkan kemas kini Android 12 untuk Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8. Daripada halaman rasmi pengeluar, antara pembaharuan yang dibawakan adalah seperti:

  • APP Mobile Manager, Contacts, Phone, File Manager, Calculator, Clock, Gallery, Weather, Sound Recorder, Settings, Data Transfer, Local Backup, Setip Wizard, dan System Update APPS yang diperbaharui.
  • Ruangan setting yang disuaikan dengan Android 12.
  • Ciri privasi seperti notifikasi bila telefon menggunakan lokasi, mikrofon dan kamera.
  • ASUS Safeguard telah digantikan dengan Emergency SOS

Asus memberi peringatan yang ada beberapa APP pihak ketiga yang masih belum menyokong Android 12. Anda sepatutnya menerima notifikasi tentang keberadaan kemas kini Android 12. Namun, sekiranya tiada, anda boleh lakukan kemas kini secara manual.



Naik taraf siri Zenfone 8 kepada Android 12 secara manual

Langkah-langkahnya amat mudah, anda hanya perlu muat turun fail kemas kini terus ke telefon.

Kemas kini Android 12 Zenfone 8 Flip



Kemas kini Android 12 Zenfone 8

Fail yang telah dimuat turun, anda perlu letakkan di dalam telefon, di ruangan root. Setelah itu, anda perlu reboot telefon dan notifikasi tentang kemas kini akan keluar selepas beberapa ketika.

Siri Zenfone 8 adalah duo berkelas flagship daripada Asus untuk tahun 2021. Kedua-dua mereka dikuasakan Snapdragon 888 dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 256GB. Di Malaysia, anda boleh dapatkan duo tersebut pada harga seperti berikut:

  • Zenfone 8 (8 + 128) – RM2,699
  • Zenfone 8 (16 + 256) – RM3,299
  • Zenfone 8 Flip (8 + 256) – RM2,999

Bacaan berkaitan

Zenfone 8 & 8 Flip: Semua yang anda perlu tahu – SoyaCincau.com

Tags: androidasusasus zenfone 8asus zenfone 8 flip
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Siri Zenfone 8 terima Android 12, anda boleh pasangnya secara manual sekarang

Siri Zenfone 8 terima Android 12, anda boleh pasangnya secara manual sekarang

30 December 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN