• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Panggilan spam di Malaysia meningkat pada September & Oktober, masih ramai terpedaya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:36 am
  • 31/12/2021
  • Komen
Panggilan spam di Malaysia meningkat pada September & Oktober, masih ramai terpedaya
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang beberapa bulan lalu, ramai individu menjadi mangsa kes panggilan spam dan mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit. Individu sasaran biasanya adalah dalam kalangan mereka yang hampir bersara ataupun pesara.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 5,725 kes penipuan panggilan telefon dilaporkan sepanjang tahun 2019. Ia melibatkan kerugian lebih RM250 juta. Pada tahun 2020 pula, jumlah kes meningkat kepada 6,003 kes. Kerugian yang dilaporkan menghampiri RM290 juta. Setakat 24 Mac 2021, sebanyak 1,392 kes dilaporkan dengan kerugian berjumlah RM38,198,730.01.



Pengguna Truecaller di Malaysia terima lebih 9 juta panggilan spam sebulan

Berdasarkan laporan tahunan Global Spam Report dari Truecallers, didedahkan bahawa panggilan spam meningkat ketika wabak COVID-19 melanda dunia. Walaupun ramai yang menjadi mangsa spam dan scam, Malaysia tidak tersenarai dalam 20 Negara paling banyak menerima panggilan spam.

Namun, apabila mengira purata bilangan panggilan spam setiap pengguna dalam masa sebulan di Malaysia, setiap rakyat menerima 3.5 panggilan spam setiap bulan. Perkara ini boleh meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-32.



Global Spam Report menyatakan, 99% daripada semua panggilan spam yang diterima rakyat Malaysia berasal dari dalam negara. Baki 1% lagi adalah dari luar negara. Secara purata, pengguna Truecaller di Malaysia menerima lebih 8 juta panggilan spam setiap bulan. Lebih 16.8% daripada semua panggilan spam ini telah ditandakan sebagai scam oleh pengguna di Malaysia.

Pada bulan Mac dan April 2021, lebih 9 juta panggilan spam diterima pada dua bulan itu. Panggilan tersebut kemudian menurun sebelum meningkat semula pada bulan September dan Oktober 2021.

Jenis panggilan spam

Salah satu jenis panggilan spam yang biasa diterima ialah panggilan jualan. Syarikat atau individu akan menghubungi anda untuk menjual sesuatu. Ini termasuklah panggilan dari telepemasaran, panggilan promosi daripada syarikat, perkhidmatan penjagaan kesihatan, syarikat telekomunikasi yang menjual pelan data dan sebagainya.

Seterusnya ialah panggilan gangguan yang tidak diingini, bertujuan mengganggu seseorang. Contohnya panggilan spam yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan, syarikat insurans dan agensi kutipan hutang.

Selepas itu ialah panggilan robot. Ia merupakan panggilan automatik dengan mesej dirakam lebih awal. Sesetengah panggilan robot kedengaran seperti orang sebenar bercakap. Bila anda membalas pertanyaan mereka, mereka menggunakan teknologi pengecaman suara untuk menjawab dan mengemukakan soalan susulan.

Terakhir sekali ialah penipuan atau Scam, ia melibatkan percubaan penipuan seperti penipuan wang, cubaan dapatkan data dan sebagainya.

Panggilan spam semakin meningkat setiap tahun. Maka, anda boleh gunakan aplikasi Truecaller sebagai langkah berjaga-jaga untuk menapisnya kerana ia mendapatkan maklumat daripada pengguna untuk mengenalpasti pemanggil yang tidak dikenali, seterusnya memberi amaran kepada pengguna yang lain jika ia merbahaya.

Tags: SCAMTruecaller
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Panggilan spam di Malaysia meningkat pada September & Oktober, masih ramai terpedaya

Panggilan spam di Malaysia meningkat pada September & Oktober, masih ramai terpedaya

31 December 2021
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN