• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung perkenal monitor 4K pertama dunia dengan refresh rate 240Hz

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:34 am
  • 03/01/2022
  • Komen
Samsung perkenal monitor 4K pertama dunia dengan refresh rate 240Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung di ekspo CES 2022 yang bakal berlangsung di Las Vegas antara 5 hingga 7 Januari 2022 umumkan yang mereka akan pamerkan 3 monitor berspesifikasi tinggi untuk pengguna.

Samsung Odyssey Neo G8

Odyssey Neo G8 bakal menempa nama sebagai monitor 4K pertama dunia yang ada refresh kadar segar semula setinggi 240Hz. Samsung memadatkan teknologi Quantum Mini LED pada panel bersaiz 32” dan kecerahan monitor ini boleh mencapai 2,000 nits.



Tak terhenti di situ, tahap kecerahan boleh dikawal secara halus sebanyak 4,096 peringkat untuk berikat nisbah kontras sejuta kepada satu, tertinggi dalam indsutri setakat ini.

Antara port yang akan ditemui pada monitor iini adalah seperti 2 HDMI 2.1 dan 1 DisplayPort.



Samsung Smart Monitor M8

Barisan monitor pintar siri Samsung M akan terima ahli baru iaitu Smart Monitor M8. Anda boleh jangkakan spesifikasi yang hampir serupa dengan Smart Monitor M7 yang kami pernah kongsikan dulu tapi di M8, aka nada webcam terbina.

Smart Monitor M8 diperkenalakn dalam saiz 32” dengan resolusi 4K UHD. Monitor ini boleh dijadikan hub kelengkapan IoT rumah. Dengannya, pemantauan boleh dilakukan dengan mudah pada satu paparan.

Lagi kelebihan Smart Monitor M8 adalah ia didatangkan dengan kaki yang boleh diubah ketinggian. Pada model M5 dan M7, anda hanya boleh ubah sudut dongak sahaja.

Samsung Monitor S8

Kalau anda tak perlukan ciri-ciri pintar daripada M8, Monitor S8 adalah jawapannya. Samsung menyediakannya dalam saiz 27 dan 32” dan ia dikatakan monitor pertama dunia yang menerima pensijilan bebas silau daripada Underwriters Laboratries.

Panel paparannya mencakupi 98% gamut warna DCI-P3 dan memenuhi piawaian HDR600. Ada satu port USB-C di bahagian belakangnya yang boleh alirkan kuasa sehingga 90W.

Sumber: SammyHub

Bacaan berkaitan

[Reviu] Samsung Smart Monitor M5 & M7: Ini solusi kepada ruang kerja yang kemas (soyacincau.com)

Tags: samsungsamsung monitor odyssey neo g8samsung monitor s8samsung smart monitor m8
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Samsung perkenal monitor 4K pertama dunia dengan refresh rate 240Hz

Samsung perkenal monitor 4K pertama dunia dengan refresh rate 240Hz

3 January 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN