• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple capai nilai pasaran USD 3 trilion, pelabur jangka Apple akan lancarkan kenderaan sendiri

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:25 pm
  • 04/01/2022
  • Komen
Apple Store pertama di Malaysia bakal dibuka tahun hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 3 Januari lalu, Apple telah menjadi syarikat pertama yang mencapai nilai pasaran USD 3 trilion (RM12.5 trilion). Di hari pertama dagangan tahun 2022 itu, saham syarikat Apple mencecah rekod tertinggi harian sebanyak USD 182.88 (RM765.54) dan ini menjadikan nilai pasaran Apple melebihi USD 3 trilion. Kemudian, sahamnya susut sedikit ketika tamat sesi dagangan dengan nilai USD 182.01(RM761.44) dan modal pasaran Apple pada USD 2.99 ​​trilion.

Kejayaan ini dicapai kerana pelabur percaya bahawa pengguna akan terus mengeluarkan wang yang banyak untuk produk Apple seperti iPhone, MacBook dan perkhidmatan lain seperti Apple TV dan Apple Music.



Apple dahulunya mempunyai nilai pasaran USD 2 trillion sama dengan Microsoft. Kini ia berada di pasaran tertinggi menewaskan Alphabet, Amazon dan Tesla yang nilai pasarannya melebihi USD 1 trillion.

Saham Apple telah meningkat sekitar 5,800% sejak bekas ketua eksekutif, Steve Jobs melancarkan iPhone pertama pada Januari 2007. Kemudian, pada tahun 2011 ketika Tim Cook mengambil alih Apple, pendapatan Apple melonjak secara mendadak hasil perkhidmatan yang disediakan seperti penstriman video dan muzik. Hal ini membantu Apple mengurangkan kebergantungan pada iPhone.



Perkembangan pantas teknologi seperti 5G, realiti maya dan kecerdasan buatan, telah meningkatkan daya tarikan Apple dan syarikat teknologi lain kepada pelabur. Selain itu, ramai pelabur menjangkakan Apple akan melancarkan kenderaannya sendiri dalam beberapa tahun akan datang memandangkan Wall Street banyak bertaruh pada kereta elektrik seperti Tesla.

[Sumber: Reuters]

Tags: apple
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Apple Store pertama di Malaysia bakal dibuka tahun hadapan

Apple capai nilai pasaran USD 3 trilion, pelabur jangka Apple akan lancarkan kenderaan sendiri

4 January 2022
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN