• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada rebat akibat gangguan, Unifi beri saluran tv percuma selama sebulan

  • OLEH Najib
  • 6:13 pm
  • 05/01/2022
  • Komen
Tiada rebat akibat gangguan, Unifi beri saluran tv percuma selama sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan Unifi TV telah terganggu bermula malam 3 Januari 2022. Baik pulih masih berjalan dan pengguna akan dapat menikmati sepenuhnnya semula dalam masa terdekat.

Bagi menghargai kesabaran pengguna dalam masa gangguan ini, Telekom Malaysia (TM) menyatakan bahawa mereka tidak akan memberi rebat terhadap bil, sebaliknya membuka semua saluran TV percuma untuk tontonan semua pengguna Unifi. Tawaran ini akan diberikan selama sebulan, dari 14 Januari sehingga 12 Februari 2022. Ia boleh ditonton menerusi kotak media Unifi atau aplikasi playTV.



Bagi pelanggan Unifi TV pek Ultimate, mereka akan menerima satu baucar filem On Demand. Baucar ini akan diberikan menerusi SMS kepada nombor yang didaftarkan, mulai 14 Januari 2022. Pelanggan pek Staff juga akan menerima satu baucar filem On Demand. Beberapa jawapan terhadap soalan lazim ada dijawab di sini.

Let us make it up to you with unlimited supply of amazing content. Enjoy ALL unifi TV channels FOR FREE, starting from 14 January – 12 February 2022!

— Yunni (@unifi) January 5, 2022

Unifi TV kini memiliki lebih 70 saluran selepas penamatan saluran berkaitan Walt Disney tahun lepas. Sebanyak 12 saluran baharu telah ditambah bagi menggantikan saluran yang tamat iaitu Celestial Movies, CCM, K-Plus, GEM, AXN, Animax, HITS, HITS MOVIES, TechStorm, Arirang TV, SPOTV dan SPOTV 2.



Gangguan perkhidmatan Unifi TV berlaku akibat kebakaran sistem jana kuasa yang memberi kesan kepada perkasasan “Bekalan Kuasa Tidak Terganggu” (Uninterruptible Power Supply, UPS) yang berada di Kompleks TM IT, di Cyberjaya. Ia menyebabkan perkhidmatan Unifi TV terjejas, tetapi tidak memberi kesan kepada perkhidmatan lain seperti internet dan panggilan.

[Sumber: Unifi]

Bacaan Berkaitan

  • Unifi TV tergendala di seluruh negara akibat kebakaran di Cyberjaya
  • TM akan ganti peralatan Unifi yang rosak akibat banjir secara percuma
  • Tiada lanjutan kontrak dikenakan untuk penggantian Unifi yang terlibat banjir
  • Unifi TV tambah 12 saluran dan 7 platform penstriman baharu, termasuk Amazon Prime, Lionsgate Play & TVBAnywhere+
Tags: TMUnifiunifi TV
Najib

Najib

POPULAR

Tiada rebat akibat gangguan, Unifi beri saluran tv percuma selama sebulan

Tiada rebat akibat gangguan, Unifi beri saluran tv percuma selama sebulan

5 January 2022
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN