• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi TV tambah 12 saluran dan 7 platform penstriman baharu, termasuk Amazon Prime, Lionsgate Play & TVBAnywhere+

  • OLEH Najib
  • 11:48 am
  • 20/09/2021
  • Komen
Unifi TV tambah 12 saluran dan 7 platform penstriman baharu, termasuk Amazon Prime, Lionsgate Play & TVBAnywhere+
Share on FacebookShare on Twitter

Unifi telah mengmumumkan barisan kandungan dan saluran baru untuk Unifi TV berikutan penamatan 17 saluran berkaitan Walt Disney bermula 1 Oktober. Sebagai ganti, pelanggan Unifi TV akan menerima 12 saluran TV serba baharu serta akses kepada 7 platform penstriman bermula bulan hadapan.

Menurut Unifi, 10 saluran baharu akan tiba pada 1 Oktober 2021 iaitu Celestial Movies, CCM, K-Plus, GEM, AXN, Animax, HITS, HITS MOVIES, TechStorm dan Arirang TV. Dua lagi saluran, SPOTV dan SPOTV 2 akan boleh ditonton mulai 14 Oktober 2021.



Kedua-dua saluran SPOTV menawarkan liputan sukan menyeluruh antaranya Tennis Grand Slam Wimbledon, Terbuka US, MotoGP and The Open Championship (Terbuka British). Saluran sukan sedia ada di Unifi Sports turut menyediakan siaran langsung acaraa UFC serta siaran eksklusif perlawanan Liga Super dan TM Piala Malaysia.

Sementara itu, 7 platform penstriman baru yang ditawarkan adalah Amazon Prime, Lionsgate Play, TVBAnywhere+, iQiyi, Viu, ZEE5 dan Simply South. Aplikasi penstriman baharu in akant terdapat di dalam Unifi Plus Box yang dikuasakan Android TV. Pengguna juga boleh menikmatinya di mana jua menerusi aplikasi mudah alih di peranti.



Untuk makluman, mulai 1 Oktober 2021, Unifi TV tidak lagi menawarkan saluran FOX, FOX Life, FX, SCM Legend, SCM, Star Chinese Channel, FOX Action Movies, FOX Family Movies, FOX Movies, Nat Geo People, National Geographic Channel, Nat Geo Wild, Baby TV, Sky News, FOX Sports, FOX Sports 2 dan FOX Sports 3. Ia berikutan Walt Disney mengambil keputusan untuk tidak lagi menyiarkan saluran TV di bawah syarikat mereka di Asia Tenggara.

Dengan perubahan saluran lama dan baharu ini, Unifi TV akan memiliki 73 saluran TV dan 10 platform penstriman. Menurut Unifi, tawaran terbaharu ini akan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai penyedia perkhidmatan konvergen terulung di Malaysia, dengan kandungan berkualiti tinggi dan berkelas dunia kepada pengguna di dalam dan luar rumah.

Sebagai tawaran untuk kandungan baru ini, Unifi TV akan memberikan tontonan percuma untuk 12 saluran baharu kepada semua pelanggan pek Unifi TV sehingga 31 Disember 2021. Pelanggan pek Ultimate pula akan menikmati kandungan eksklusif penstriman Lionsgate Plus dan satu lagi aplikasi lain antara iQiyi, Viu, Simply South atau ZEE5 tanpa caj tambahan. Pelanggan pek Ultimate boleh menebus akses percuma ini di sini, mulai 24 September 2021.

Unifi menyatakan, mereka komited untuk memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai dan akan menyediakan lebih banyak kandungan dan menambah rakan aplikasi penstriman di masa akan datang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Unifi TV.

Tags: amazon primeLionsgate PlayTVBAnywhereUnifiunifi TV
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Unifi TV tambah 12 saluran dan 7 platform penstriman baharu, termasuk Amazon Prime, Lionsgate Play & TVBAnywhere+

Unifi TV tambah 12 saluran dan 7 platform penstriman baharu, termasuk Amazon Prime, Lionsgate Play & TVBAnywhere+

20 September 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN