• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic V: Telefon lipat pertama berkuasa Snapdragon 8 Gen 1

  • OLEH Najib
  • 11:18 pm
  • 10/01/2022
  • Komen
Honor Magic V: Telefon lipat pertama berkuasa Snapdragon 8 Gen 1
Share on FacebookShare on Twitter

Honor hari ini membuka lipatan sejarah baru apabila melancarkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertama mereka, Honor Magic V. Walaupun ia bukan yang terawal, Honor Magic V berjaya meletakkan peranti mereka sebagai sesuatu yang masih berjaya mencapai beberapa perkara yang pertama.

Pelancaran Honor Magic V dibuat di China, dan ia akan dijual di pasaran tersebut dalam dua varian:



  • Honor Magic V (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY 9,999 (~RM6,591)
  • Honor Magic V (RAM 12GB + Storan 512GB) – CNY 10,999 (~RM7,250)

Terdapat tiga warna disediakan iaitu hitam, perak dan jingga. Untuk pembeli di China, Honor memberikan kepala pengecas 66W, pengecas kereta 66W dan casing di dalam kotak Magic V.

Buat masa ini, tiada pengumuman untuk ia dipasarkan di luar China. Tetapi jika ada, Malaysia pastinya berada di senarai teratas ia akan dijual.



Spesifikasi

Honor menggunakan format skrin yang serupa dengan Samsung Galaxy Z Fold 3 iaitu skrin boleh lipat di dalam dan skrin kedua di luar. Di luar, ia menggunakan paparan OLED 6.45-inci 120Hz yang melengkung di sisi kanan. Skrin ini bernisbah 21.3:9, sangat mirip dengan nisbah skrin telefon pintar biasa.

Skrin utama di dalam pula terbuka dengan keluasan 7.9-inci, juga jenis OLED tetapi dengan kadar penyegaran 90Hz. Menurut Honor, mereka menggunakan teknologi engsel titisan air untuk mengurangkan kesan lipatan di atas skrin.

Honor boleh mendabik dada kerana Magic V adalah telefon boleh lipat paling berkuasa, diperkasa cip Snadragon 8 Gen 1 dan menyokong 5G. Ia datang bersama RAM 12GB dan storan dalaman sehinga 512GB. Kad mikroSD tidak diterima.

Di belakang, ia memiliki tiga kamera yang kesemuanya sama resolusi iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera spektrum 50MP. Di kedua-dua skrin juga terdapat kamera, terletak di dalam lubang di dahi skrin. Kedua-dua kamera ini memiliki resolusi 42MP, sekali lagi yang tertinggi ada di telefon boleh lipat.

Menggunakan rekaan bateri dwi-litar, Magic V memiliki bateri berkapasiti 4,750mAh dan menerima pengecasan pantas Honor SuperCharge 66W, membenarkan 50% cas dalam masa 15 minit. Tetapi ia tiada pengecasan wayarles.

Sistem operasi terkini digunapakai di Honor Magic V iaitu Honor Magic UI 6.0, berasaskan Android 12. Ia membenarkan berbilang aplikasi dijalankan serentak di skrin, memanfaatkan ruang skrin yang luas untuk tugasan lebih produktif.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Fold 3 dinaik taraf kalis air, sokongan S Pen & kamera tersembunyi
  • [Hands-on] Oppo Find N: Alternatif kepada Galaxy Z Fold3
  • Mi Mix Fold, alternatif Galaxy Z Fold 2 paling murah setakat ini
  • Huawei Mate X2 tinggalkan rekaan lama dan ikuti jejak Samsung
Tags: honorHonor Magic V
Najib

Najib

POPULAR

Honor Magic V: Telefon lipat pertama berkuasa Snapdragon 8 Gen 1

Honor Magic V: Telefon lipat pertama berkuasa Snapdragon 8 Gen 1

10 January 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER