• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone SE generasi ke-3 dilengkapi 5G akan dilancar bulan Mac?

  • OLEH Najib
  • 2:53 pm
  • 10/01/2022
  • Komen
Gandingkan iPhone SE Baharu dengan rangkaian telco terbaik Malaysia, itu baru bijak
Share on FacebookShare on Twitter

Mengikut kebiasaan, Apple akan melancarkan model baru iPhone sekitar bulan September atau Oktober. Tetapi Apple dijangka akan mengadakan satu majlis pelancaran iPhone baru lebih cepat, seawal bulan Mac nanti.

Bloomberg melaporkan, Apple sedang merancang untuk mengumumkan ketibaan iPhone SE generasi ke-3 yang dilengkapi 5G pada majlis disebut, dijangka sekitar Mac atau April. Ia akan diadakan secara maya, dan mungkin tidak terhad kepada satu telefon pintar sahaja.



Dikatakan, iPhone SE generasi ketiga ini akan mengekalkan rekaan yang sama seperti iPhone SE (2020) sebelum ini, iaitu rekaan berasaskan iPhone 8. Tetapi sudah pasti ada naik taraf, dijangka pada cip pemproses, sokongan 5G serta bateri.

iPhone SE 2020

Untuk rujukan, iPhone SE (2020) generasi kedua masih menggunakan pengimbas capjari Touch ID, dengan skrin Retina HD seluas 4.7-inci. Kamera hadapannya 7MP dan kamera belakang 12MP. Ia turut dilengkapi speaker stereo, kalis air dan debu IP67 dan menyokong pengecasan wayarles. iPhone SE (2020) dilancarkan pada bulan April 2020, dengan harga bermula daripada RM1,999 untuk storan 64GB, RM2,199 bagi 128GB dan RM2,699 dengan 256GB.



Apple juga dilapor sedang membangunkan cip pemproses Apple Silicon lebih baharu untuk barisan MacBook yang akan datang. Tetapi ia masih mungkin masih belum bersedia untuk pelancaran pada bulan Mac.

Selain itu, acara pembangunan perisian tahunan, Apple WWDC 2022 dijangka masih berjalan secara maya pada bulan Jun nanti. Di sini, Apple pastinya mengumumkan pelbagai sistem operasi dan perisian baharu mereka seperti iOS 16, iPad OS 16, tvOS 16, macOS 13, dan watchOS 9.

[Sumber: 9to5mac, Bloomberg]

Bacaan Berkaitan

  • iPhone SE Plus 4.7″ dijangka muncul tahun hadapan
  • iPhone 14 Pro dikhabarkan hadir dengan paparan berlubang
  • Telefon bajet Apple terbaru sudah tiba: iPhone SE 2020
Tags: appleapple iphone seApple iPhone SE 3iPhone SEiPhone SE 3
Najib

Najib

POPULAR

Gandingkan iPhone SE Baharu dengan rangkaian telco terbaik Malaysia, itu baru bijak

iPhone SE generasi ke-3 dilengkapi 5G akan dilancar bulan Mac?

10 January 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN