• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone SE Plus 4.7″ dijangka muncul tahun hadapan

  • OLEH Najib
  • 5:03 pm
  • 27/10/2021
  • Komen
Adakah iPhone 7 Plus 128GB RM1,699 ini lebih baik daripada iPhone SE (2020)?
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lama khabar angin tentang generasi ketiga iPhone SE akan dilancarkan, tetapi sehingga kini masih tiada berita kukuh tentangnya. Ada juga cakap-cakap yang mengatakan Apple akan memberikan saiz skrin lebih besar untuk iPhone SE, tetapi ia kini disanggah oleh Ross Young.

Ross Young adalah penganalisa pasaran peranti dengan akses terus kepada penghasilan skrin. Maklumat terbaru yang didapatinya menunjukkan bahawa Apple akan mengekalkan skrin LCD 4.7-inci pada iPhone SE akan datang, dan memberinya nama iPhone SE Plus. Ia akan dilancarkan pada tahun 2022 dan dilengkapi 5G.



We now hear the next LCD iPhone will be introduced in 2022 and called the SE Plus with the same 4.7" LCD as the 8 along with 5G. We hear the iPhone SE3 with a 5.7" – 6.1" LCD is now pushed to 2024. https://t.co/9gxiAAk8Yi

— Ross Young (@DSCCRoss) October 25, 2021

Tambah Ross lagi, iPhone dengan skrin LCD lebih besar sekitar 5.7 ke 6.1-inci, akan dilancarkan pada tahun 2024. iPhone ini tidak akan memiliki takuk, sebaliknya lubang kecil di atas skrin.

Dengan saiz skrin masih sama 4.7-inci, dijangka iPhone SE Plus masih menggunakan rekaan iPhone 8. Bezanya, ia akan menggunakan cip terkini berkuasa tinggi yang menyokong rangkaian 5G. Sekaligus, ini menjadikannya peranti iPhone dengan 5G termurah di pasaran.



Penganalisa pasaran menjangkakan bahawa iPhone SE baru nanti akan menggunakan cip A15 Bionic dan mengekalkan harga yang sama dengan iPhone SE sedia ada. Cuma, adakah Apple masih akan menggunakan storan bermula daripada 64GB atau membuat naik taraf sama dengan iPhone 13, iaitu storan asas 128GB?

Masih jauh perjalanan untuk tiba di tahun 2024. Apple juga mungkin akan mengubah perancangannya untuk penghasilan iPhone dengan lubang, bukan lagi takuk.

[Sumber: GSMarena]

Bacaan Berkaitan

iPhone SE baru tidak akan berubah rupa dan harga
Telefon bajet Apple terbaru sudah tiba: iPhone SE 2020
Apple turunkan harga iPhone XR dan iPhone 11, buang pengecas dan EarPods
Tags: appleapple iphone seiPhone SE
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Adakah iPhone 7 Plus 128GB RM1,699 ini lebih baik daripada iPhone SE (2020)?

iPhone SE Plus 4.7″ dijangka muncul tahun hadapan

27 October 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN