• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Fitness+ perkenal Collection dan Time To Run untuk tingkatkan motivasi bersenam

  • OLEH Najib
  • 5:45 pm
  • 12/01/2022
  • Komen
Apple Fitness+ perkenal Collection dan Time To Run untuk tingkatkan motivasi bersenam
Share on FacebookShare on Twitter

Langganan Apple Fitness+ telah diperkenal di Malaysia sejak bulan Oktober lepas. Ia direka untuk mengoptimumkan penggunaan Apple Watch untuk aktiviti kecergasan dengan menyediakan panduan menerusi audio dan video.

Apple kini mengumumkan bahawa dua fungsi baharu telah ditambah kepada Fitness+ iaitu Collections dan Time to Run. Ia direka untuk meningkatkan lagi motivasi pengguna bagi mencapai sasaran kecergasan yang ditetapkan.



Apple Fitness+ Time to Walk

Di samping itu, Apple Fitness+ kini menambah Time To Walk musim ketiga, menampilkan tetamu jemputan seperti Rebel Wilson, Bernice A. King, dan Hasan Minhaj. Manakala ruangan Artist Spotlight workout pula membariskan lagu-lagu daripada Ed Sheeran, Pharrell Williams, Shakira, dan the Beatles.

Collections

Dengan Collections, pengguna Fitness+ boleh mendapatkan koleksi siri aktiviti kecergasan yang berkaitan dengan mudah. Collections akan menyusun simpanan pustaka Fitness+ yang menyimpan hampir 2,000 panduan kecergasan kepada senarai kecil yang sesuai.



Untuk permulaan, Collections menampilkan enam siri iaitu:

  1. 30-Day Core Challenge
  2. Improve Your Posture with Pilates
  3. Perfect Your Yoga Balance Poses
  4. Run Your First 5K
  5. Strengthen and Stretch Your Back and Hips
  6. Wind Down for a Better Bedtime

Time to Run

Berlari adalah aktiviti kecergasan paling popular dan ia boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana jua. Dengan Time to Run, ia membariskan panduan audio bersiri yang akan membantu pengguna dalam meningkatkan ketekalan dan teknik berlari.

Setiap episod akan memberi fokus kepada laluan larian di tempat-tempat popular yang dihiasi tanda-tanda ikonik. Antara jurulatih yang akan melatih pengguna di dalam Time to Run, adalah seperti Emily Fayette, Jamie-Ray Hartshorne, Sam Sanchez, Scott Carvin, serta Cory Wharton-Malcolm.

Setiap episod Time to Run menampilkan ceramah motivasi dan lagu bertenaga, dengan senarai lagu disusun oleh jurulatih Fitness+. Lagu yang dipilih disusun untuk menepati tempat larian dengan tenaga yang bersesuaian, termasuk suasana persekitaran. Sebagai contoh, pantai di Miami akan memainkan lagu Latin yang diilhamkan oleh tenaga bandar tersebut.

Sebagai pengenalan awal, Time to Run dilancarkan dengan tiga episod iaitu:

  • London oleh jurulatih Cory Wharton-Malcolm
  • Brooklyn oleh jurulatih Emily Fayette
  • Miami Beach oleh jurulatih Sam Sanchez

Satu episod baru akan diperkenal setiap minggu pada hari Isnin.

Melanggan Apple Fitness+

Apple telah menetapkan harga langganan untuk Fitness+ di Malaysia pada RM19.90/bulan atau RM119.90/tahun. Langganan Fitness+ ini boleh dikongsi bersama 5 ahli keluarga lain. Bagi pembeli baru Apple Watch Series 3 dan ke atas, mereka akan turut menerima langganan Fitness+ selama 3 bulan secara percuma.

Sekiranya pengguna mahu melanggan lebih banyak perkhidmatan Apple, boleh juga melanggan pek Apple One Premier di mana ia merangkumi beberapa perkhidmatan di dalam satu pelan iaitu Apple Fitness+, Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, dan iCloud+ bersama storan awan 2TB. Harga langganan Apple One Premier di Malaysia ialah RM69.90 dan ia boleh dikongsi bersama 5 lagi pengguna lain.

[Sumber: Apple]

Bacaan Berkaitan

  • Perkhidmatan Apple Fitness+ akan tiba di Malaysia
  • Apple One Premier tambah Fitness+ dan iCloud 2TB untuk keluarga di Malaysia
Tags: appleapple fitnessApple OneApple One Premier
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Apple Fitness+ perkenal Collection dan Time To Run untuk tingkatkan motivasi bersenam

Apple Fitness+ perkenal Collection dan Time To Run untuk tingkatkan motivasi bersenam

12 January 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER