• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 9i mahu jadi telefon terbaik bawah RM1,000 di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:03 pm
  • 13/01/2022
  • Komen
Realme 9i mahu jadi telefon terbaik bawah RM1,000 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu peranti kelas pertengahan di Malaysia tidak lama lagi, dikenali sebagai Realme 9i. Telefon pintar ini akan dikuasakan cip pemproses baru yang dibina daripada proses 6nm, dikatakan termaju dalam kelasnya.

Majlis pelancaran Relame 9i akan diadakan pada hari Rabu, 19 Januari 2022 pukul 2 petang di Facebook Realme Malaysia. Peminat boleh turut sama menyaksikan majlis pelancaran ini untuk mengenali lebih lanjut, dikatakan akan membawa revolusi untuk peranti di bawah RM1,000.



Terang Realme lagi, Realme 9i akan menjadi peranti pertama di Malaysia menggunakan cip Snapdragon 680. Cip ini dibangunkan menggunakan proses 6nm, memberikan prestasi keseluruhan 46% lebih baik dan penggunaan tenaga 62% lebih rendah, berbanding sebelum ini.

Peranti ini juga akan dibekalkan bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas Dart Charge 33W, membolehkan ia mengecas penuh dalam masa 70 minit sahaja. Realme 9i menampilkan kemasan Prisma Stereo di belakang, gabungan lebih 3,000 garisan ala prisma untuk memberikan pantulan cahaya yang menarik.



Realme Malaysia tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai Realme 9i, tetapi kita boleh mengetahui tentang perkara lain menerusi Realme Vietnam. Ini kerana Realme 9i telah dilancarkan di sana.

Spesifikasi Realme 9i

Menurut laman web Realme 9i di Vietnam, peranti ini dikuasakan pemproses Snadpragon 680, bersama RAM LPDDR4x 6GB dan storan UFS 2.2 128GB. Ia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan serta memiliki teknologi RAM Maya, membolehkan ruang storan ditukar menjadi RAM sementara sehingga 5GB.

Skrin Realme 9i seluas 6.6-inci HD Penuh, jenis LCD berkadar penyegaran dinamik 90Hz. Di sudut dahi skrin menempatkan kamera hadapan 16MP di dalam lubang. Di belakang pula ada 3 kamera, gabungan kamera utama 50MP F1.8, kamera makro 2MP dan kamera hitam putih 2MP.

Di Vietnam, Realme 9i ditawarkan dalam dua pilihan warna, hitam dan biru. Ia dijual dalam satu varian sahaja, dengan RAM 6GB dan storan 128GB pada harga VND 6,490,000 (~RM1,195).

Memandangkan harga ini melebihi RM1,000, mungkin Realme Malaysia akan melancarkan Realme 9i dengan storan 64GB untuk menepati kata-kata mereka, iaitu peranti terbaik bawah RM1,000.

Bacaan Berkaitan

  • Realme GT2 Pro dengan Snapdragon 8 Gen 1 rasmi pada harga bermula RMB3,899
  • [REVIU] Realme Pad, harga murah & fungsi baik, tapi kurang lengkap produktiviti
  • Diskaun RM100 untuk Realme C25Y dan Narzo 50i di hari pertama jualan
Tags: Realmerealme 9i
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Realme 9i mahu jadi telefon terbaik bawah RM1,000 di Malaysia

Realme 9i mahu jadi telefon terbaik bawah RM1,000 di Malaysia

13 Januari 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER