• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerana mahu terima bonus tahunan, pasangan penjawat awam ini beli sijil vaksin COVID-19 palsu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:22 pm
  • 14/01/2022
  • Komen
Kerana mahu terima bonus tahunan, pasangan penjawat awam ini beli sijil vaksin COVID-19 palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, seorang pengamal perubatan di Marang, Terengganu ditahan polis kerana disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu, tanpa memberi suntikan kepada pesakit. Oleh kerana sijil suntikan vaksin COVID-19 diperlukan untuk pelbagai kegunaan seperti memasuki permis, maka ramai anti vaksin yang mengambil kesempatan membeli sijil palsu.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri yang merupakan penjawat awam bertindak membeli sijil vaksinasi COVID-19 palsu dek kerana mahu menerima bayaran bonus tahunan dan tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib. Pasangan berusia 33 dan 38 tahun itu bertugas di sebuah jabatan yang sama.



Kegiatan mereka terbongkar selepas pihak jabatan curiga dengan aplikasi Mysejahtera berstatus vaksin lengkap dua dos yang mereka miliki. Kemudian, semakan dilakukan di Klinik Kesihatan Rembia. Hasil semakan mendapati kedua-dua mereka tidak pernah menerima apa-apa vaksin. Lalu laporan polis dibuat kerana mereka telah menipu pihak jabatan.

Menurut Superintendan Arshad Abu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan membeli sijil itu dengan harga RM500 setiap satu. Mereka dapatkannya melalui rakan sekerja berusia 58 tahun yang juga merupakan orang tengah. Siasatan lanjut mendapati, rakan sekerja itu peroleh aplikasi sijil vaksin lengkap dua dos palsu ini daripada suspek yang masih bebas yang digelar Vnilai. Sijil vaksinasi berkenaan juga boleh digunakan untuk mengimbas kod QR untuk masuk ke premis perniagaan.



Pasangan suami isteri serta rakan sekerja berkenaan telah ditahan Selasa lalu di sekitar Melaka. Telefon bimbit mereka turut dirampas. Ketiga-tiga suspek itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Di samping itu, pasangan yang merupakan anti vaksin itu juga pernah tampil membuat laporan polis pada tahun lalu berhubung keengganan mereka menerima suntikan vaksin COVID-19.

Tindakan pasangan ini menunjukkan bahawa mereka sangat pentingkan diri dan tidak bersikap jujur. Untuk memiliki sijil vaksin yang sah, individu perlulah dapatkan suntikan lengkap vaksin COVID-19. Penting untuk menggunakan aplikasi yang sah kerana ia akan membantu kerajaan mengawal penularan wabak COVID-19.

[Sumber: Awani]

Tags: mysejahterasijil digital vaksin covid-19Vaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kerana mahu terima bonus tahunan, pasangan penjawat awam ini beli sijil vaksin COVID-19 palsu

Kerana mahu terima bonus tahunan, pasangan penjawat awam ini beli sijil vaksin COVID-19 palsu

14 Januari 2022
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

12 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER