• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei cipta beg sekolah pintar untuk kanak-kanak, ada GPS & skrin kalis air IP67

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:39 pm
  • 20/01/2022
  • Komen
Huawei cipta beg sekolah pintar untuk kanak-kanak, ada GPS & skrin kalis air IP67
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah memperkenalkan beg sekolah pintar untuk kanak-kanak. Produk ini diberi nama Huawei 9µm Smart Positioning Children’s School Bag. Beg ini didatangkan dengan ciri luar biasa yang mungkin anda tidak akan temui pada beg lain.

Beg ini menyokong fungsi kedudukan pintar. Dengannya, ibu bapa boleh menjejak lokasi anak melalui telefon, walaupun anak tidak membawa telefon pintar atau jam pintar dengan GPS ke sekolah. Beg ini turut didatangkan dengan GPS dan sistem navigasi satelit Cina iaitu Beidou.



Selain itu, ia juga disertakan sokongan untuk mengawal aplikasi dan HarmonyOS Connect. Selepas beg sekolah disambungkan ke aplikasi Smart Life pada telefon pintar, 3 kawasan kawalan boleh ditetapkan di dalamnya sama ada rumah, sekolah atau lain-lain. Ibu bapa akan menerima mesej amaran apabila beg itu masuk atau keluar dari kawasan yang sudah ditetapkan.

Rekaan Huawei 9µm Smart Positioning Children’s School Bag

Ada dua pilihan warna disediakan iaitu pink dan biru. Ketinggian beg ini adalah sekitar 6 ke 7 cm lebih pendek daripada ketinggian beg sekolah yang biasa. Beg ini miliki tali bahu berbentuk U, ia disediakan sesuai dengan bahu dan leher kanak-kanak. Rekaan tali yang disediakan ini dapat memastikan bahagian bawah beg sekolah tidak boleh diseret di bawah pinggang. Maka, ia sesuai untuk kanak-kanak di bawah 135cm. Material belakangnya seperti kusyen, maka kanak-kanak akan selesa membawanya.



Di bahagian depannya ada satu paparan skrin 1.54 inci, kalis air IP67. Ia boleh digunakan untuk menetapkan jadual kelas, tandatangan elektronik, jam bertema dan macam-macam lagi. Ibu bapa juga boleh akses jadual kelas anak menerusi aplikasi. Malah, jadual untuk hari berikutnya juga boleh dikemas kini secara automatik setiap hari. Ini akan memudahkan ibu bapa memilih buku yang anak perlukan di sekolah pada hari berikutnya, terutamanya bagi anak yang masih kecil.

Walaupun produk ini masih belum dilancarkan, Huawei kini sedang mencari penguji awam di Vmall untuk beri peluang kepada mereka mendapatkan beg sekolah pintar ini dengan hanya 699 yuan, iaitu sekitar RM461.63. Apabila ia mula dijual secara rasmi nanti, tentu harganya akan menjadi lebih tinggi. Namun, buat masa ini belum ada lagi pengumuman bila ia akan dilancarkan.

Rekaan beg ini sangat ringkas, jika ia bercorak kartun sudah tentu kanak-kanak akan tertarik untuk memilikinya. Namun, ciri yang disediakan sangat hebat, lebih-lebih lagi apabila ia disertakan dengan sistem GPS. Maknanya, ibu bapa tidak perlu bimbang tentang lokasi anak, kerana mereka boleh aksesnya menerusi aplikasi.

[Sumber: Gizmochina]

Tags: Huawei
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Huawei cipta beg sekolah pintar untuk kanak-kanak, ada GPS & skrin kalis air IP67

Huawei cipta beg sekolah pintar untuk kanak-kanak, ada GPS & skrin kalis air IP67

20 January 2022
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN