• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft ambil alih pembangun Warcraft dan Candy Crush pada nilaian RM287 bilion

  • OLEH Najib
  • 9:08 am
  • 20/01/2022
  • Komen
Microsoft ambil alih pembangun Warcraft dan Candy Crush pada nilaian RM287 bilion
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft sudah sekian lama berada di arena permainan video, antaranya menghasilkan konsol Xbox dan pelbagai tajuk perisian permainan video. Kini mereka mahu melebarkan pasaran mereka apabila mengumumkan akan mengambil alih salah satu syarikat pembangun permainan video terkenal, Activision Blizzard.

Activision Blizzard adalah satu nama yang tidak asing lagi dengan memiliki beberapa tajuk permainan video popular seperti Call of Duty, Diablo, Warcraft serta StarCraft. Mereka juga pemilik kepada permainan mudah alih popular, Candy Crush. Ia merupakan arena baharu yang belum dikuasai Microsoft.



Lebih hebat lagi, pengambilalihan ini dilaporkan bernilai USD 68.7 bilion (~RM287 bilion). Microsoft akan membeli Activision Blizzard pada harga USD95/saham. Jika ia berjaya dilaksanakan, Microsoft akan menjadi syarikat permainan video ketiga terbesar di dunia, selepas Tencent dan Sony.

When Candy Crush and CoD become your actual job. Microsoft x Activision Blizzard. 🎮❤️📱https://t.co/nw4cLoaoTB pic.twitter.com/QPGt9DC2jF

— Microsoft (@Microsoft) January 18, 2022

Selepas pengambilalihan ini, kakitangan Activision Blizzard dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) , Bobby Kotick akan dikekalkan kedudukan mereka di dalam ini. Mereka kemudiannya akan melapor kepada CEO Microsoft Gaming, Phil Spencer.



Bagaimanapun, pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya pada tahun 2023 selepas mendapat kelulusan pemegang saham dan semakan pihak berkuasa. Ia perlu melepasi tapisan ketat Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, untuk mengekalkan persaingan pasaran yang sihat dan mengelakkan monopoli.

Microsoft pastinya dapat meluaskan lagi pustaka langganan permainan video mereka, Game Pass yang kini memiliki 25 juta pelanggan. Pas ini yang digelar “Netflix Permainan Video”, membolehkan pengguna memuat turun dan bermain mana-mana permainan video di dalam pustaka tersebut.

Adakah ini berita baik untuk peminat permainan video di seluruh dunia? Masa akan menentukannya.

[Sumber: The Verge, Microsoft]

Tags: Activision BlizzardMicrosoft
Najib

Najib

POPULAR

Microsoft ambil alih pembangun Warcraft dan Candy Crush pada nilaian RM287 bilion

Microsoft ambil alih pembangun Warcraft dan Candy Crush pada nilaian RM287 bilion

20 January 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER