• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rapid KL tutup sementara beberapa stesen LRT, MRT, dan Monorel di Bandaraya KL pada 22 Januari 2022

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:07 pm
  • 21/01/2022
  • Komen
Pengguna LRT, MRT, Monorel dan Komuter kini boleh mula guna jejantas pejalan kaki ke Mid Valley
Share on FacebookShare on Twitter

Rapid KL di saluran media sosial mereka mengutuskan pemberitahuan tentang beberapa stesen LRT, MRT, dan semua stesen monorel di Bandaraya KL pada 22 Januari 2022 daripada 7 pagi hingga 3 petang. Apa yang berlaku antara tempoh tersebut adalah kereta api tidak akan berhenti di stesen-stesen yang terlibat.

Sungguhpun tidak memperincikan kenapa penutupan tersebut dilakukan. Rapid KL memberitahu yang ia adalah atas nasihat Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Jadinya, berkemungkinan besar ia ada kaitan dengan perhimpunan aman “Tangkap Azam Baki” yang heboh di media sosial akan berlangsung di hadapan Sogo pada hari yang sama.



Antara stesen yang terlibat adalah:

  • Stesen LRT Pudu
  • Stesen LRT Masjid Jamek
  • Stesen LRT Hang Tuah
  • Stesen LRT Plaza Rakyat
  • Stesen LRT Sultan Ismail
  • Stesen LRT Bandaraya
  • Stesen LRT Dang Wangi
  • Stesen LRT Kampung Baru
  • Stesen MRT Pasar Seni
  • Stesen MRT Bukit Bintang
  • Stesen MRT Merdeka
  • Semua stesen Monorel

Selain penutupan stesen pengangkutan awam, terdapat perkongsian Twitter yang menunjukkan PDRM bakal menutup jalan-jalan utama yang menuju ke Sogo.



Kami dapat khabar seluruh jalan keluar masuk ke Kuala Lumpur akan ditutup pada hari Sabtu ini untuk sekat Perhimpunan Aman #TangkapAzamBaki.

Perlukah tutup seluruh KL untuk halang orang ke Sogo? Mohon @PDRM respon. pic.twitter.com/9PANzGr7fe

— Mandeep Singh🏴 (@mandeepkarpall) January 20, 2022

Makanya, kalau anda ada rancangan untuk bersiar-siar di sekitar sana, anda mungkin perlu mempertimbangkan semula rancangan anda.

Tags: lrtmonorelMRTpdrmRapidKL
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pengguna LRT, MRT, Monorel dan Komuter kini boleh mula guna jejantas pejalan kaki ke Mid Valley

Rapid KL tutup sementara beberapa stesen LRT, MRT, dan Monorel di Bandaraya KL pada 22 Januari 2022

21 January 2022
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN