• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hanya perlu belanja bawah RM500 untuk dapatkan Samsung Galaxy A03 ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:50 pm
  • 24/01/2022
  • Komen
Hanya perlu belanja bawah RM500 untuk dapatkan Samsung Galaxy A03 ini

Galaxy A03

Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia telah memperluas penawaran telefon harga patut mereka. Kali ini adalah model Samsung Galaxy A03 pada harga bermula RM469. Daripada segi spesifikasi, ia dlihat lebih berkuasa berbanding Galaxy A03s yang kami laporkan penjualannya dalam bulan September 2021 lalu.

Harga Samsung Galaxy A03 di Malaysia

Samsung Galaxy A03 ditawarkan dalam dua varian. Berikut adalah pilihan yang anda ada:



  • RAM 3GB + Storan 32GB – RM469
  • RAM 4GB + storan 64GB – RM549

Anda boleh pilih salah satu daripada tiga warna yang disediakan iaitu biru, hitam, dan merah. Mereka boleh didapati di pengedar sah Samsung di seluruh negara ataupun secara dalam talian di Lazada ataupun Shopee.

Spesifikasi Samsung Galaxy A03

Samsung Galaxy A03 tampil dengan panel paparan 6.5” dengan resolusi HD+. Atas papan utama, ia diperkasa pemproses oktateras Unisoc T606 yang bergandingan bersama RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB. Terdapat slot SIM jenis hibrid untuk anda perluaskan storan jika perlu.



Di bahagian kamera, telefon ini memperagakan konfigurasi dwikamera belakang dengan kamera utamanya ada sensor 48MP manakala kamera kedalaman medan pula gunakan sensor 2MP. Selfie boleh diambil menggunakan kamera 5MP yang terletak di takuk berbentuk titisan air.

Speaker mono yang ditembak ke bahagian bawah hadir pada telefon ini tapi untuk pengalaman audio lebih baik, ada jek 3.5mm untuk dimanfaatkan.

Memberi tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh.

Bacaan berkaitan

Samsung Galaxy A03s: Maklumat penjualannya di Malaysia – SoyaCincau.com

Galaxy Tab A8 tablet bawah RM1,000 yang buang Snapdragon untuk diganti dengan Unisoc – SoyaCincau.com

Tags: androidsamsungsamsung galaxysamsung galaxy a03telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hanya perlu belanja bawah RM500 untuk dapatkan Samsung Galaxy A03 ini

Hanya perlu belanja bawah RM500 untuk dapatkan Samsung Galaxy A03 ini

24 January 2022
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN