• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pendaftaran undi automatik bermula sekarang, semak daftar mengundi anda di sini

  • OLEH Najib
  • 6:31 pm
  • 24/01/2022
  • Komen
Pendaftaran undi automatik bermula sekarang, semak daftar mengundi anda di sini
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelaksanaan Undi 18 dan Pendaftaran Pengundi Secara Automatik (PPSA) dikuatkuasakan di Malaysia tahun ini, mana-mana warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas, layak menjadi pengundi di Malaysia. Malah, tidak perlu lagi mendaftar untuk menjadi pengundi, kerana pendaftaran pengundi adalah automatik apabila mencecah usia 18 tahun.

Perkara ini menjadi penting terutamanya buat rakyat di negeri Johor kerana Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad telah menerima perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk membubarkan Dewan Negeri Johor (DUN) pada 22 Januari 2022. Bermakna, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari selepas pembubaran, paling lewat pada bulan Mac 2022.



Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan, pengundi baru berusia 18 tahun di Johor adalah sebanyak 749,731 pengundi atau pertambahan kira-kira 28%. Ini menjadikan jumlah pengundi di Johor meningkat kepada kira-kira 2.5 juta pengundi, berbanding hanya 1.8 juta pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun 2018.

Ini cara semak daftar mengundi

Kerana itu, adalah penting untuk warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas mengetahui tempat mengundi mereka. Bagi memudahkan semakan, SPR telah menyediakan lima saluran secara dalam talian dan panggilan. Anda boleh menyemaknya dengan cara ini:



  1. Portal SPR: https://www.spr.gov.my
  2. Portal Semakan SPR: https://mysprsemak.spr.gov.my
  3. Portal SPR Negeri: https://ppn.spr.gov.my
  4. Aplikasi mudah alih mySPR Semak: Apple Appstore, Google Playstore, Huawei AppGallery
  5. Talian Hotline: 03 8892 7018

Untuk semakan di portal, anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan tanpa sempang (-) dan aksara Captcha yang dipaparkan. Aplikasi mudah alih pula hanya perlukan nombor kad pengenalan.

Contoh semakan pengundi di laman web SPR

Jika anda mendapati ada yang tidak tepat dengan maklumat pengundian anda, anda boleh mengemukan tuntutan dengan mengisi Borang C, secara dalam talian di laman web SPR atau pergi ke Pejabat Pilihan Raya Negeri pada waktu pejabat, hari bekerja.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan sayangkan negara, pastikan anda telah menyemak dan mengetahui DUN atau Parlimen anda akan mengundi. Jika ada masalah, boleh hubungi SPR segera untuk pembetulan.

[Sumber: Malay Mail]

Bacaan Berkaitan

  • SPR tambah 5.8 juta pengundi baharu sertai senarai yang layak mengundi
  • Undi 18: Portal semak pendaftaran pengundi 18 tahun kini aktif sehingga 31 Oktober 2021
  • 3 Cara Untuk Semak Lokasi Mengundi Anda
Tags: MySPR SemakSPRundi 18
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Pendaftaran undi automatik bermula sekarang, semak daftar mengundi anda di sini

Pendaftaran undi automatik bermula sekarang, semak daftar mengundi anda di sini

24 Januari 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER