• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp bangunkan perlindungan tambahan ini untuk versi desktop & web

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:43 pm
  • 25/01/2022
  • Komen
WhatsApp bangunkan perlindungan tambahan ini untuk versi desktop & web
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda selesa gunakan WhatsApp di komputer tetapi bimbang akaun anda diakses dan disalahguna oleh orang lain, kini WhatsApp sedang bangunkan ciri pengesahan dua langkah pada aplikasinya di desktop dan versi web. Perkara ini didedahkan oleh Wabetainfo.

Memandangkan WhatsApp ada menyediakan fungsi sokongan berbilang peranti yang membolehkan pengguna akses aplikasi itu dari desktop atau web tanpa memerlukan telefon berdekatan, maka menambah pengesahan dua langkah ini dapat membantu pengguna menerima perlindungan tambahan.



Pengesahan dua langkah sudah tersedia lama di aplikasi WhatsApp untuk telefon. Anda boleh hidupkan atau matikan pengesahan itu. Tetapi, lebih baik hidupkannya kerana bimbang jika telefon anda hilang dan WhatsApp di buka oleh orang lain. Anda hanya perlu tetapkan PIN 6 angka untuk aktifkannya.

Walaupun begitu, ciri pengesahan dua langkah di WhatsApp web dan aplikasi komputer ini masih belum tersedia. Oleh itu, buat masa sekarang, anda perlu pastikan bahawa akaun WhatsApp anda di komputer sentiasa di log keluar sebelum anda meninggalkannya.



[Sumber: 9TO5Mac]

Bacaan berkaitan

  • Ciri penghijrahan mesej daripada WhatsApp iPhone ke Android bakal jadi kenyataan
  • WhatsApp versi komputer ada butang pause & resume untuk rakam mesej suara
  • Kini pelekat WhatsApp boleh dihasilkan sendiri di komputer, ini caranya
Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

WhatsApp bangunkan perlindungan tambahan ini untuk versi desktop & web

WhatsApp bangunkan perlindungan tambahan ini untuk versi desktop & web

25 January 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN