• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Vivobook 13 Slate OLED tiba di Malaysia, tablet Windows lebih mampu milik

  • OLEH Najib
  • 5:12 pm
  • 26/01/2022
  • Komen
Asus Vivobook 13 Slate OLED tiba di Malaysia, tablet Windows lebih mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia meluaskan lagi tawaran peranti Windows mereka dengan melancarkan tablet Vivobook 13 Slate OLED (T3300). Ia merupakan satu lagi komputer Asus dengan skrin OLED, dikatakan pertama seumpamanya menggunakan Windows 11.

Tidak salah juga dikatakan bahawa Asus Vivobook 13 Slate OLED adalah pilihan yang lebih murah berbanding Surface Pro 8. Walaupun dengan skrin OLED yang lebih hebat berbanding LCD, prestasi tablet Asus ini lebih rendah daripada Surface Pro 8.



Harga dan Promosi

Sempena ketibaannya, Asus mengadakan promosi jualan awal dari 25 Januari sehingga 14 Februari 2022. Dalam tempoh ini, pembeli Asus Vivobook 13 Slate OLED akan menerima tetikus Asus Mouse WT425 bernilai RM69 dan kredit Touch n Go eWallet bernilai RM200. Manakala papan kekunci bersaiz penuh, Asus Pen 2.0, sleeve dan penegak datang siap di dalam kotak.

Hadiah percuma yang dinyatakan taadi terhad kepada 50 pembeli pertama sahaja. Ia boleh didapati daripada pengedar sah Asus di sini.



Asus Vivobook 13 Slate OLED dijual di Malaysia pada harga RM3,499 bersama RAM 8GB dan storan 256GB.

Spesifikasi

Diperkenal sebagai peranti multimedia, Vivobook 13 Slate OLED bukanlah peranti berkuasa tinggi tetapi prestasi lebih dari mencukupi. Ini kerana ia dikuasakan oleh cip Intel Pentium Silver N6000 4-teras, berkelajuan sehingga 3.3GHz. Kuasa ini dipadankan dengan RAM LPDDR4x 8GB serta storan pantas SSD PCIe seluas 256GB.

Tetapi perkakas terkini lengkap dipasang padanya, seperti sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.2 dan sambungan USB-C (USB 3.2 gen-2) Power Delivery. Ia juga memiliki jek audio 3.5mm serta pembaca kad memori mikroSD.

Paparan OLED pada mukanya memiliki saiz 13.3-inci, dengan resolusi HD Penuh dan nisbah 16:9. Ia ada kecerahan setinggi 550 nits, menyokong gamut warna DCI-P3 100% serta teknologi Dolby Vision. Kuasa grafik digerakkan oleh cip Intel UHD.

Mereka yang suka melakar dan menulis menggunakan pen, pasti gemarkan tablet ini. Stailus Asus Pen 2.0 sangat lancar digunakan di permukaan skrin dan tinggi kepekaannya. Ia memiliki 4,096 tahap tekanan dan datang bersama empat tip boleh tukar, memberikan rasa menulis seperti pensil HB, 2H, H dan HB. Stailus ini boleh dilekat di tepi secara magnetik, dan mengecas secara USB-C.

Kamera hadapannya 5MP, terletak di bingkai di atas skrin. Kamera belakang pula 13MP. Sistem bunyi stereo dihasilkan oleh empat pembesar suara di kiri dan kanan, turut menyokong sistem bunyi Dolby Atmos.

Tenaga disalurkan daripada bateri 3-sel 50Whr dan mengecas melalui USB-C, menyokong kuasa mengecas sehingga 65W.

Bacaan berkaitan

  • Asus ProArt Studiobook 16 OLED: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • ASUS Vivobook OLED berkuasa RTX 3050 tiba di Malaysia
  • ASUS ZenBook baru tiba: ZenBook Duo 14, ZenBook Flip 13 OLED & ZenBook Flip S OLED
Tags: asusAsus Vivobook 13 Slate OLED
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Asus Vivobook 13 Slate OLED tiba di Malaysia, tablet Windows lebih mampu milik

Asus Vivobook 13 Slate OLED tiba di Malaysia, tablet Windows lebih mampu milik

26 January 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER