• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PLUS sediakan cadangan waktu perjalanan untuk Tahun Baru Cina, ikutinya untuk elak kesesakan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:01 pm
  • 26/01/2022
  • Komen
PLUS sediakan cadangan waktu perjalanan untuk Tahun Baru Cina, ikutinya untuk elak kesesakan
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda bercadang untuk pulang ke kampung atau berjalan-jalan menggunakan lebuhraya pada 28 Januari sehingga 6 Februari 2022, anda digalakkan untuk mengikuti Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ini. Ianya kerana, jumlah trafik harian dijangka meningkat daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan ketika perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang.

Berdasarkan TTA yang dikongsikan, orang ramai yang akan bergerak dari Lembah Klang untuk ke destinasi-destinasi di utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara serta ke selatan Johor disarankan untuk mula memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi. Manakala untuk ke destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang pula, orang ramai dinasihatkan supaya memasuki lebuhraya selepas jam 1 tengahari.



Pada masa yang sama, orang ramai yang ingin kembali ke Lembah Klang digalakkan untuk menggunakan lebuhraya sebelum jam 9 pagi.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi mengalakkan pengguna jalan raya mematuhi TTA bagi mengelakkan kesesakan di sepanjang lebuhraya. Hal ini kerana, kesesakan berkemungkinan berlaku jika kenderaan yang menuju ke pelbagai destinasi berkumpul di sebuah lokasi di lebuhraya secara serentak.



Oleh itu, untuk lalui perjalanan yang lebih lancar di lebuhraya, anda perlu pastikan baki kad Touch ‘n Go sentiasa mencukupi. Rancanglah perjalanan dengan teliti dan lakukan penyelenggaraan pada kenderaan bagi meningkatan keselamatan. Pastikan juga anda patuhi had laju yang ditetapkan ketika memandu.

Selain itu, PLUS kini sudah sokong RFID. Jika anda belum milikinya, anda boleh dapatkan ia di aplikasi Touch n Go eWallet dengan rebat RM5 dan pasang sendiri. Anda boleh juga dapatkan pakar pemasangan dengan kunjungi mana-mana cawangan berdaftar pusat pemasangan RFID.

Sekiranya anda alami masalah di lebuhraya, anda boleh hubungi pasukan PLUSRonda menerusi talian PLUSLine di 1800-88-0000 untuk dapatkan bantuan. Mereka beroperasi 24 jam setiap hari.

Visual serta maklumat trafik terkini boleh diperolehi menerusi paparan CCTV di dalam aplikasi PLUS, anda boleh muat turun aplikasi ini di App Store dan Google Play Store. Dapatkan juga maklumat trafik dengan mengikuti Twitter PLUSTrafik, Chatbot PUTRI serta aplikasi Google Maps ataupun Waze.

[Sumber: Malaymail, PLUS]

Bacaan berkaitan

  • Tahun Baru Cina 2022: Polis perangkap had laju dari dalam kereta
  • Beli tag RFID dengan diskaun dan penghantaran percuma di aplikasi Touch n Go eWallet
  • Kad TnG generasi baharu yang boleh ditambah nilai guna telefon akan hadir beberapa minggu lagi
Tags: plustahun baru cina 2022Touch n Go
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
PLUS sediakan cadangan waktu perjalanan untuk Tahun Baru Cina, ikutinya untuk elak kesesakan

PLUS sediakan cadangan waktu perjalanan untuk Tahun Baru Cina, ikutinya untuk elak kesesakan

26 January 2022
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN