• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink Pantas ganti Hotlink 365, kurangkan masa aktif dan lebihkan kuota data

  • OLEH Najib
  • 12:52 pm
  • 27/01/2022
  • Komen
Hotlink Pantas ganti Hotlink 365, kurangkan masa aktif dan lebihkan kuota data
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Hotlink telah menamatkan pelan prabayar mereka iaitu Hotlink 365 kepada pelan baru, Hotlink Pantas. Ia memiliki beberapa ciri-ciri menarik Hotlink 365, iaitu data yang sah digunakan selama 365 hari, tetapi tidak lagi tempoh aktif 60 hari untuk setiap tambah nilai.

Jika sebelum ini, pengguna Hotlink 365 nikmati tempoh aktif selama 60 hari dengan tambah nilai minima RM5, Hotlink Pantas memberikan tempoh sah selama 30 hari dengan tambah nilai minima RM10. Hari dikurangkan separuh, nilai minima digandakan. Manakala tambah nilai RM5, hanya memberikan tempoh aktif selama 5 hari sahaja.



Perkara baru menarik yang ditawarkan pada Hotlink Pantas, adalah pilihan kuota data baharu yang lebih murah. Sebelum ini RM10 dapat 4GB sahaja, kini pengguna terima 5GB. Pelan paling besar memberikan 20GB data, pada harga RM30. Semua pelan ini tidak dikenakan sekatan kelajuan, seperti namanya iaitu Pantas.

Setiap pelan data Hotlink Pantas sah digunakan dalam masa 365 hari dari tarikh langganan. Tetapi pengguna perlu memastikan talian aktif untuk menggunakan data ini. Jadi, kena tambah nilai minima RM10 setiap bulan.



Bagusnya, Hotlink masih mengekalkan pas mengaktifkan talian selama 365 hari, pada harga RM30. Jadi, ini masih menjadikan pelan Hotlink Pantas menarik seperti Hotlink 365. Pengguna yang tidak memerlukan data yang banyak, tetapi perlukan talian aktif lama, serta liputan Maxis yang bagus di Malaysia, boleh mendapatkan Hotlink Pantas ini.

Kadar panggilan dalam negara ke semua rangkaian tempatan untuk prabayar Hotlink Pantas adalah 15sen/30 saat. Manakala SMS pula 15sen setiap satu. Kadar panggilan video dikatakan adalah sama dengan kadar panggilan suara.

Selain itu, Hotlink Pantas juga menawarkan pakej panggilan IDD yang rendah untuk negara terpilih. Pakej ini sah digunakan dalam 365 hari, jadi tiada lagi pembaziran minit. Negara tersebut adalah:

  • Indonesia – RM2, 15 minit panggilan untuk 365 hari
  • Bangladesh – RM2, 30 minit panggilan untuk 365 hari
  • India – RM2, 30 minit panggilan untuk 365 hari
  • Myanmar – RM4, 10 minit panggilan untuk 365 hari
  • Nepal – RM4, 10 minit panggilan untuk 365 hari
  • Filipina – RM4, 10 minit panggilan untuk 365 hari

Pek permulaan Hotlink Pantas kini dijual dalam talian pada harga RM25, menyediakan kredit RM2, data 10GB yang sah selama 365 hari, dan tempoh aktif selama 60 hari sahaja. Pek ini juga ada dijual daripada wakil peniaga Hotlink seperti kedai 7-Eleven, myNEWS dan 99 Speedmart pada harga RM10, dengan kredit RM10 dan tempoh aktif selama 5 hari sahaja.

Maklumat lanjut tentang tentang pelan prabayar baru ini, boleh dirujuk di laman web Hotlink Pantas.

Bacaan Berkaitan

  • Hotlink Internet 365 diperkenal dengan tempoh sah data dan talian 365 hari
  • Hotlink Internet 365 dimansuhkan, Hotlink Pantas! menyusul
  • Panggilan melalui WiFi (VoWiFi) kini terdapat di Maxis dan Hotlink
Tags: hotlinkHotlink 365Hotlink Pantas
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Hotlink Pantas ganti Hotlink 365, kurangkan masa aktif dan lebihkan kuota data

Hotlink Pantas ganti Hotlink 365, kurangkan masa aktif dan lebihkan kuota data

27 January 2022
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER