• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tanah perkuburan jadi kawasan memburu Pokemon, pengunjung diminta hormati lokasi itu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:20 pm
  • 27/01/2022
  • Komen
Tanah perkuburan jadi kawasan memburu Pokemon, pengunjung diminta hormati lokasi itu
Share on FacebookShare on Twitter

Anda gemar tak bermain permainan Pokemon Go? Saya pernah mainnya dahulu sewaktu di Universiti. Ketika mula bermain, memang ada rasa teruja untuk cari dan tangkap Pokemon. Tetapi, bila Pokemon itu berada di lokasi yang susah untuk ditangkap seperti di tepi jalan, saya mula rasa bosan untuk main dengannya.

Tidak semua Pokemon muncul di tempat sama, sehingga ada juga yang muncul di tanah perkuburan. Kejadian ini berlaku di Taman Perkuburan Jepun, Hougang Singapura. Oleh kerana kawasan itu sering digunakan untuk memburu Pokemon, pentadbir lokasi itu akhirnya meletakkan papan tanda melarang aktiviti tersebut.



Dalam notis yang disediakan, pengunjung diberitahu bahawa taman perkuburan itu adalah tapak bagi mereka yang telah meninggal. Mereka diminta menghormatinya dan jangan masuk dalam kawasan perkuburan untuk Pokemon Go. Tertera juga bulatan beserta palang di atas perkataan “No! Pokemon Go”

View this post on Instagram

A post shared by SINGAPORE ON PUBLIC NOTICE (@publicnoticesg)

Sejak Pokemon Go dilancarkan pada tahun 2016, pembangun permainan telah membuang tempat bersejarah di seluruh dunia dari menjadi Pokestops, seperti taman peringatan bom atom Hiroshima dan Muzium Memorial Holocaust AS di Washington. Namun, tidak diketahui sama ada pentadbir tanah perkuburan ini telah meminta pembangun permainan untuk membuang taman itu sebagai Pokestop atau tidak, untuk menghentikan gangguan.



Menurut Coconuts Singapore, tanah perkuburan seluas 30,000 meter persegi itu mengandungi hampir 1,000 kubur orang awam dan askar Jepun dari awal abad ke-20. Turut ditempatkan mayat penjenayah ketika perang Jepun yang dihukum bunuh di Penjara Changi. Selain itu, ada juga abu askar Jepun, marin dan tentera udara yang terbunuh semasa Perang Dunia kedua.

Jika anda masih main permainan ini, pastikan anda tidak masuk ke kawasan yang sensitif atau terlarang untuk tangkap Pokemon.

[Sumber: MalayMail]

[Sumber gambar: Pokemon Go]

Tags: Pokemon Go
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tanah perkuburan jadi kawasan memburu Pokemon, pengunjung diminta hormati lokasi itu

Tanah perkuburan jadi kawasan memburu Pokemon, pengunjung diminta hormati lokasi itu

27 January 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN