• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tonton Matrix Resurrections di HBO Go mulai 5 Februari

  • OLEH Najib
  • 5:16 pm
  • 31/01/2022
  • Komen
Tonton Matrix Resurrections di HBO Go mulai 5 Februari
Share on FacebookShare on Twitter

Filem keempat dalam dunia The Matrix iaitu Resurrections, telah ditayangkan di pawagam di Malaysia pada 22 Disember 2021. Tetapi tidak lama lagi, ia akan boleh ditonton di rumah menerusi HBO Go.

HBO Go memaklumkan bahawa pelanggan mereka akan boleh mula menonton filem terbaru Matrix Resurrections, mulai hari Sabtu 5 Februari 2022 di platform penstriman mereka. Bagi peminat yang mahu mengimbau semula kenangan lama, atau penonton yang baru mahu menyaksikan kehebatan Neo mengelak peluru, boleh juga menonton trilogi asal iaitu The Matrix, The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions, juga di HBO Go.



https://youtu.be/S02VDD26kSY

Filem Matrix Resurrections diarahkan oleh Lana Wachowski, menggandingkan semula pelakon asal The Matrix iaitu Keanu Reeves, Carrie-Anne Moss, Jada Pinkett Smith dan Lambert Wilson. Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Yahya Abdul-Mateen II (Candyman), Jessica Henwick (Star Wars: Episode VII – The Force Awakens), Jonathan Groff (Hamilton), Neil Patrick Harris (Gone Girl), dan Priyanka Chopra Jonas.

Kisah di Matrix Resurrections bermula 60 tahun selepas dunia Matrix Revolutions, mengisahkan tentang Mr Anderson yang juga dikenali sebagai Neo, hidup dalam dunia biasa sebagai pembangun permainan video. Bagaimanapun dia kembali ke dunia dwi-realiti dan memilih untuk mengikuti arnab putih sekali lagi mencari realiti sebenar.



Kepada yang berminat untuk melanggan HBO Go, boleh berbuat demikian dengan mendaftar di laman web HBO Go Asia dan melanggan pelan sebulan RM34.90 atau pelan 3 bulan RM69.90 (RM23.30/bulan). Pelanggan Astro pek Movie menerima akses percuma ke HBO Go. Manakala pelanggan Astro bukan pek movie, boleh melanggan HBO Go sahaja pada harga RM25 sebulan.

Apa yang membezakan HBO Go berbanding Netflix adalah ia memiliki filem dan drama bersiri keluaran Warner Bros, antara yang popular adalah Game of Thrones dan Friends Reunion. Malah, ia juga menjadi pusat utama filem DC seperti siaran eksklusif Justice League Snyder’s Cut, serta filem-filem Superman, Batman, Wonder Woman dan Suicide Squad.

Tags: HBOHBO GOMatrix ResurrectionsThe Matrix
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Tonton Matrix Resurrections di HBO Go mulai 5 Februari

Tonton Matrix Resurrections di HBO Go mulai 5 Februari

31 January 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER