• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Find X5 Pro, flagship 2022 daripada Oppo diperlihat

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:13 am
  • 07/02/2022
  • Komen
Find X5 Pro, flagship 2022 daripada Oppo diperlihat
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Find X3 Pro adalah satu telefon yang unik dan berjaya. Unik pada segi kehadiran kamera mikroskopik bersama-sama lampu LED di sekeliling lensa yang nampak gimik, tapi sebenarnya sangat berguna. Itu cerita 2021, untuk 2022 mereka dikhabarkan akan hadir dengan Oppo Find X5 Pro 5G dan semakin banyak maklumat tentangnya ada di arena web.

Telefon tersebut bakal menjadi yang pertama daripada Oppo memperagakan Snapdragon 8 Gen 1. Daripada rekaan, ia dilapor masih mengekalkan rekaan melengkung pada komponen kamera dan kelihatan juga ia dilengkapi MariSilicon, cip pemproses hasilan sendiri daripada Oppo yang bertanggungjawab menggalas data-data daripada jabatan pengimejan.



Untuk kamera, nampaknya kamera mikroskopik tidak diwarisi. Empat kamera yang mungkin ada adalah kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP, kamera 13MP telefoto, dan kamera selfie 32MP. Kerjasama Oppo dengan Hasselblad dikhabarkan tetap diteruskan.

Disamping cip flagship, anda boleh jangkakan RAM sehingga 12GB, storan sehingga 256GB, sama seperti dalam penawaran Find X3 Pro tempoh hari.



Siri Oppo Find X adalah siri ultrapremium pengeluarnya, jadi jangkakan harga yang agak tinggi bila ia masuki kelak. Misalnya, Oppo Find X3 Pro 5G yang diumumkan Mac 2021 lalu harganya adalah RM4,299 dan hanya satu varian saja dilancarkan di Malaysia.

Sumber: WinFuture

Bacaan berkaitan

Oppo Find X3 Pro di Malaysia datang bersama pekhidmatan premium dan talian eksklusif – SoyaCincau.com

Oppo Find X3 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu tentangnya – SoyaCincau.com

Tags: oppoOPPO Find Xoppo find x5 pro 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Find X5 Pro, flagship 2022 daripada Oppo diperlihat

Find X5 Pro, flagship 2022 daripada Oppo diperlihat

7 February 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN