• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung mahu saingi Google, beri kemaskini 5 tahun untuk siri Galaxy S22, S21 dan Tab S8

  • OLEH Najib
  • 9:51 pm
  • 08/02/2022
  • Komen
Samsung mahu saingi Google, beri kemaskini 5 tahun untuk siri Galaxy S22, S21 dan Tab S8
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung adalah pengeluar peranti Android terawal, menjanjikan kemaskini keselamatan selama 4 tahun untuk peranti Galaxy mereka. Ia diberikan kepada peranti yang dilancarkan sejak 2019. Takhta kemaskini terpanjang masih dipegang Google untuk peranti Pixel 6 mereka, iaitu 5 tahun.

Tetapi perkara ini mungkin berubah selepas acara Samsung Galaxy Unpacked pada 9 Februari nanti. Samsung mungkin mahu mengatasi diri mereka sendiri dan meletakkannya sebaris Google, apabila mahu memberikan kemaskini keselamatan selama 5 tahun.



Perkara ini ditemui di dalam kenyataan media Samsung yang masih belum dikeluarkan, tetapi telah dibocorkan oleh Evan Blass, pembocor berita terkenal. Di dalam kenyataan media tersebut, terdapat nota kaki yang menyatakan, peranti yang layak menerima empat kali kemaskini OS Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan adalah:

  • Siri Galaxy S22 (S22/S22+/S22 Ultra)
  • Siri Galaxy S21 (S21/S21+/S21 Ultra/S21 FE)
  • Galaxy Z Fold 3
  • Galaxy Z Flip 3
  • Siri Galaxy Tab S8 (S8/S8+/S8 Ultra)

Ini adalah satu khabar baik dan menggembirakan kerana pengguna tidak lagi perlu runsing memikirkan peranti yang telah sekian lama digunakan, tidak lagi dijamin keselamatan kerana tiada kemaskini keselamatan. Di samping itu, jika siri Galaxy S22 dilancarkan bersama Android 12, bermakna ia akan boleh menerima kemaskini OS sehingga Android 16.



Untuk perbandingan, peranti Google terbaru iaitu siri Pixel 6 hanya menyokong sehingga tiga kali kemaskini OS Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan. Tetapi ia masih tidak mampu menyaingi kehebatan Apple, yang masih memberikan iOS 15 terbaru kepada model iPhone 6s dan 6s Plus, yang dilancarkan pada tahun 2015 dengan iOS 9. Bermakna, sudah 6 kali kemaskini OS diterima.

Samsung dilihat sebagai pengeluar yang aktif memberi kemaskini perisian seperti yang dijanjikan. Baru-baru ini, Samsung telah melepaskan One UI 4 berasaskan Android 12, kepada siri Galaxy S10 yang dilancarkan pada tahun 2019.

Ini berbeza dengan Nokia, yang mana peranti flagship mereka Nokia 9 Pureview yang dilancarkan juga pada tahun 2019, masih menggunakan Android 10. HMD Global selaku pengeluar peranti Nokia, dilaporkan telah putus asa untuk memberikan kemaskini Android 11 walaupun pernah menjanjikan kemaskini OS selama 2 tahun.

Majlis Samsung Galaxy Unpacked akan diadakan esok, 9 Februari 2022 pada jam 11 malam waktu Malaysia. Ia akan memperkenal telefon pintar flagship terbaru Samsung, siri Galaxy S22. Dalam satu penemuan di Lazada, Galaxy S22 Ultra di Malaysia akan dijual mulai RM4,999 dengan kuasa daripada cip Qualcomm Snapdagon 8 Gen 1.

[Sumber gambar: Evleaks]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung umum One UI 4 berasaskan Android 12 untuk peranti ini
  • Harga Galaxy S22 Ultra di Malaysia terdedah!
  • WWDC 2021: iOS 15 akan disokong sehingga iPhone 6s yang berusia 6 tahun
Tags: samsungSamsung Galaxy S22Samsung Galaxy Tab S8
Najib

Najib

POPULAR

Samsung mahu saingi Google, beri kemaskini 5 tahun untuk siri Galaxy S22, S21 dan Tab S8

Samsung mahu saingi Google, beri kemaskini 5 tahun untuk siri Galaxy S22, S21 dan Tab S8

8 February 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN