• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perkhidmatan kerajaan kini terima bayaran menggunakan e-wallet

  • OLEH Najib
  • 2:31 pm
  • 09/02/2022
  • Komen
Maybank henti beri mata ganjaran dan cashback untuk tambah nilai eWallet
Share on FacebookShare on Twitter

Tempoh panjang Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac 2020 telah menjadikan pembayaran digital seperti e-wallet semakin diterima ramai, tidak kira di pihak peniaga mahupun pembeli. Kini bayaran menggunakan e-wallet, akan turut diterima di semua kementerian persekutuan dan jabatannya.

Notis ini dikeluarkan menerusi pekeliling Perbendaharaan bertarikh 21 Januari 2022. Ia menyatakan, pembayaran e-wallet akan diterima untuk transaksi di kaunter dan dalam talian. Walau bagaimanapun, badan berkanun persekutuan (seperti Felda, Tabung Haji) dan kerajaan negeri boleh memilih untuk tidak terlibat.



Kerajaan juga akan menanggung sebarang caj perkhidmatan e-wallet, kecuali untuk resit bukan hasil seperti bayaran balik pinjaman, yang akan ditanggung oleh pembayar.

Langkah kerajaan ini disambut baik oleh beberapa Persatuan Pengguna, tetapi mereka menggesa agar pilihan disediakan bagi individu yang masih mahu membayar tunai.



Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia, Darshan Singh Dhillon berkata, kerajaan mesti memastikan data peribadi pengguna dilindungi dan tidak disalah gunakan dalam apa cara sekalipun. Semua aduan membabitkan urus niaga, seperti bayaran balik atau urus niaga tidak sah, mesti ditangani dengan segera oleh kerajaan atau jabatan berkaitan.

[Sumber: FMT]

Tags: eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Maybank henti beri mata ganjaran dan cashback untuk tambah nilai eWallet

Perkhidmatan kerajaan kini terima bayaran menggunakan e-wallet

9 February 2022
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN