• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram kini ada cara untuk pengguna cari & padam pelbagai komen lama

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:09 pm
  • 10/02/2022
  • Komen
Instagram kini ada cara untuk pengguna cari & padam pelbagai komen lama
Share on FacebookShare on Twitter

Memang mustahil untuk cari dan padam semula komen atau reaksi, yang telah dikongsikan di akaun Instagram pengguna lain pada minggu atau bulan lalu. Tetapi melalui ciri Your Activity, anda kini boleh temuinya semula dan uruskan aktiviti di Instagram dengan mudah. Pada tahun lalu Instagram ada rancang untuk lancarkan ciri ini buat pengguna pada Januari 2022, lalu kini ia tersedia untuk semua.

Banyak perkara yang boleh dilakukan melalui Your Activity. Contohnya, padam gambar pada profil dengan banyak sekaligus, lihat dan padam komen yang pernah ditulis, serta lihat semula pautan yang pernah dikunjungi sebelum ini. Menurut Instagram, ciri ini diwujudkan untuk memudahkan anda semak dan padam interaksi lama. Untuk mencubanya anda perlu pergi ke profil, tekan 3 garis melintang di atas kanan kemudian pilih Your Activity.



Ada 9 perkara anda boleh lakukan di situ iaitu:

  1. Lihat masa yang anda sudah luangkan di Instagram
  2. Lihat, arkib, atau padam gambar dan video yang telah dikongsikan.
  3. Lihat dan padam reaksi
  4. Periksa sejarah akaun
  5. Lihat perkara yang anda cari di Instagram
  6. Pautan yang anda kunjungi
  7. Lihat dan urus kandungan yang anda arkib
  8. Lihat dan urus kandungan yang sudah di padam
  9. Muat turun maklumat yang telah anda kongsikan di Instagram

Banyak perkara yang boleh dilakukan melalui fungsi ini. Perkara yang paling saya suka ialah, kemampuan untuk lihat masa yang sudah diluangkan di Instagram. Kerana dengannya juga, saya boleh tetapkan masa berehat dari gunakan Instagram dan tetapkan had masa penggunaan harian. Ia sangat berguna untuk mendisiplinkan diri dari menggunakan media sosial terlalu lama.



[Sumber: Engadget]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Instagram kini ada cara untuk pengguna cari & padam pelbagai komen lama

Instagram kini ada cara untuk pengguna cari & padam pelbagai komen lama

10 February 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN