• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PTPTN anjur kempen Click, Pay & Earn 2022, bayar pinjaman melalui e-wallet untuk terima ganjaran

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:06 pm
  • 10/02/2022
  • Komen
PTPTN anjur kempen Click, Pay & Earn 2022, bayar pinjaman melalui e-wallet untuk terima ganjaran
Share on FacebookShare on Twitter

Bayaran menggunakan e-wallet kini diterima di semua kementerian persekutuan dan jabatannya. Untuk PTPTN, anda boleh lunaskan pinjaman anda menggunakan e-wallet seperti ShopeePay.

Bagi menggalakkan dan memudahkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik secara dalam talian, PTPTN telah menjalin kerjasama bersama Shopee, BESTPay dan SpayGlobal (SarawakPay) untuk melaksanakan Kempen Click, Pay & Earn 2022. Kempen ini bermula pada 8 Februari 2022 sehingga 30 April 2022.



Melalui kempen ini, pelanggan yang membuat bayaran balik pinjaman mereka dalam tempoh kempen berpeluang menerima ganjaran seperti berikut:

  1. ShopeePay – Bayaran pinjaman minimum RM100 dalam satu transaksi membolehkan peminjam menerima baucar diskaun RM5 dalam aplikasi Shopee. Ia tertakluk kepada 30 pengguna terawal setiap hari. Anda boleh bayarnya melalui tab Ticket, Top-ups & Bills dan pilih PTPTN.
  1. BESTPay – Bayaran pinjaman minimum RM100 dalam satu transaksi membolehkan peminjam menerima 5 kredit BP. Ganjaran ini khas untuk 30 pengguna terawal yang membuat bayaran balik pinjaman semasa slot BESTPay 1 jam Happy Hour yang akan berlangsung secara rawak di antara jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.
  2. SPayGlobal (Sarawak Pay) – Bayaran pinjaman minimum RM10 dalam satu transaksi membolehkan peminjam menerima RM2 baucar dalam aplikasi SPayGlobal. Ia terhad kepada 100 pengguna terawal setiap bulan.

Untuk bayaran melalui ShopeePay dan SPayGlobal, setiap seorang pengguna hanya layak menangi baucar sekali sahaja sepanjang tempoh kempen. Manakala untuk pengguna BestPay, anda layak memenangi pemberian kredit sekali dalam bulan yang sama. Pastikan anda rebut peluang ini segera untuk mendapat penjimatan ketika membayar pinjaman.



[Sumber: PTPTN]

Tags: PTPTN
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

PTPTN anjur kempen Click, Pay & Earn 2022, bayar pinjaman melalui e-wallet untuk terima ganjaran

PTPTN anjur kempen Click, Pay & Earn 2022, bayar pinjaman melalui e-wallet untuk terima ganjaran

10 February 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN