• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga rasmi Samsung Galaxy Tab S8, S8+ & S8 Ultra bersama promosi tempahan awal

  • OLEH Najib
  • 5:08 pm
  • 10/02/2022
  • Komen
Samsung Galaxy Tab S8, S8+ & S8 Ultra: Cita-cita tinggi untuk ganti laptop
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung sekali lagi menjadikan Malaysia pasaran utama peranti baru mereka, apabila mengumumkan pantas harga rasmi dan tarikh jualan siri Galaxy Tab S8 di Malaysia. Kesemua model yang dilancarkan akan dijual di Malaysia dan Samsung menyediakan promosi istimewa untuk pembeli awal.

Harga siri Galaxy Tab S8

Walaupun ketiga-tiga model tablet terbaru Samsung ini akan dijual di Malaysia, hanya ada satu varian sahaja dibawa untuk semua model dalam jualan awal kali ini. Berikut adalah harga rasmi siri Galaxy Tab S8 di Malaysia:



  • Samsung Galaxy Tab S8 WiFi (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM3,299
  • Samsung Galaxy Tab S8+ WiFi (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,599
  • Samsung Galaxy Tab S8 Ultra WiFi (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM5,899

Promosi tempahan awal

Kepada yang berminat membeli mana-mana tablet Galaxy Tab S8, anda boleh mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM2,156. Promosi tempahan awal ini berjalan dari 10 Februari sehingga 3 Mac 2021.

Bagaimanapun, Book Cover Keyboad dan S Pen bernilai RM1,738 memang datang sekali di dalam kotak. Jadi, semua pembeli di luar waktu promosi juga akan mendapatnya. Hadiah percuma yang betul-betul diberikan dalam tempoh tempahan awal adalah langganan Microsoft 365 Personal 1-tahun, Pouch Neoprene, dan diskaun 30% untuk membeli 1-tahun Samsung Care+.



Tempahan awal ini boleh dilakukan di Stor Online Samsung Malaysia, Stor Samsung Experiences serta pengedar sah Samsung.

Untuk mengenali siri Galaxy Tab S8 dengan lebih lanjut, rujuk laporan kami tentang pelancaran Galaxy Tab S8, Galaxy Tab S8+ dan Galaxy Tab S8 Ultra.

Tags: samsungSamsung Galaxy Tab S8
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Tab S8, S8+ & S8 Ultra: Cita-cita tinggi untuk ganti laptop

Harga rasmi Samsung Galaxy Tab S8, S8+ & S8 Ultra bersama promosi tempahan awal

10 February 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN