• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

One UI 4.1 benarkan peranti Samsung tambah RAM ikut suka

  • OLEH Najib
  • 4:52 pm
  • 14/02/2022
  • Komen
One UI 4.1 benarkan peranti Samsung tambah RAM ikut suka
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah melancarkan sistem operasi terbaru mereka, One UI 4 berasaskan Android 12 dan beberapa peranti telah pun menerima naik taraf ini. Bagi siri Galaxy S22 dan Tab S8 yang baru dilancarkan minggu lepas, ia akan datang siap dengan kemaskini baharu, One UI 4.1.

Walaupun ini adalah kemaskini kecil, ada satu fungsi besar dimuatkan ke dalam One UI 4.1 iaitu sokongan RAM maya yang Samsung panggil, RAM Plus. Fungsi ini telah terdapat di beberapa peranti Samsung, tetapi di One UI 4.1, ia boleh diubahsuai mengikut keinginan pengguna.



Pada Galaxy S22 yang baru, fungsi RAM Plus dilihat membenarkan pengguna memilih saiz RAM Plus yang mereka ingini. Pilihan yang disediakan adalah 2GB, 4GB, 6GB sehingga 8GB. Jika RAM di peranti S22 adalah 12GB, tambahan RAM Plus membolehkan penggunaan RAM sehingga 20GB.

Untuk pengetahuan, RAM Plus bukanlah RAM sebenar. Ia menggunakan ruangan di dalam storan peranti menjadi RAM sementara. Prestasinya tidak sebaik RAM sebenar, tetapi ia dapat membantu kelancaran proses peranti apabila menggunakan berbilang aplikasi serentak.



Siri Galaxy S22 telah dibuka tempahan awalnya di Malaysia, dari 10 Februari sehingga 3 Mac 2022. Ia dijual pada harga berikut:

  • Galaxy S22 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM3,499
  • Galaxy S22 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,699
  • Galaxy S22+ (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM4,099
  • Galaxy S22+ (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,299
  • Galaxy S22 Ultra (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM5,099
  • Galaxy S22 Ultra (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM5,499
  • Galaxy S22 Ultra (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM5,899

Pembeli dalam tempoh ini akan menerima hadiah percuma berupa e-baucar RM800, Silicon Cover with Strap dan Lucky Box, serta Camera Filter Mount (S22/S22+) atau Galaxy X Lamy Safari Twin Pen (S22 Ultra).

Dapatkan pengecas Samsung Super Fast Charging 45W bernilai RM199 secara percuma apabila membeli mana-mana siri Galaxy S22 dengan kod promosi: GS22VIPSC di Stor Online Samsung. Tawaran sah selagi stok masih ada.

[Sumber: Sammobile]

Tags: One UI 4samsungSamsung Galaxy S22
Najib

Najib

POPULAR

One UI 4.1 benarkan peranti Samsung tambah RAM ikut suka

One UI 4.1 benarkan peranti Samsung tambah RAM ikut suka

14 February 2022
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN