• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Honda City Hatchback versi hibrid diumum, beza sekurang-kurangnya RM20 ribu berbanding versi petrol

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:30 am
  • 15/02/2022
  • Komen
Honda City Hatchback e:HEV RS: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honda City Hatchback serba baharu dilancarkan awal Disember 2021 lalu. Ketika itu, mereka umukan harga untuk semua varian petrol sahaja manakala harga varian hibrid diumumkan di kemudian hari.

Dalam bulan Februari 2022, Honda telah mengumumkannya. Harga jualan rasmi Honda City Hatchback e:HEV RS di Malaysia adalah RM107,783.09. Itu setelah diambil kira pengecualian cukai SST yang dipanjangkan kerajaan sehingga Jun 2022.



Honda City Hatchback e:HEV RS: Maklumat penjualannya di Malaysia – SoyaCincau.com

Berikut adalah senarai harga keluarga Honda City Hatchback di Malaysia:



  • Grade S – RM75,330
  • Grade E – RM82,740
  • Grade V – RM87,520
  • Grade RS e:HEV – RM107,783

Gred RS miliki perbatuan 27.7km/L

Yang ingin Honda ketengahkan pada pelancaran ini ialah Honda City Hatchback RS e:HEV. Untuk makluman anda, frasa e:HEV akan menjadi istilah payung untuk merujuk kepada kereta Honda jenis hibrid.

Bermula dengan komponen janakuasa, kereta ini ada dua komponen yang hasilkan kuasa. Yang pertama ada enjin petrol 1.5L. Janakuasa kedua adalah motor elektrik.

Honda menggelar teknologi hibrid ini sebagai i-MMD dan ia nyata lebih jimat minyak berbanding kereta dalam sirinya sebelum ini. Menggunakan sistem tadbir urus pintar, perbatuan petrolnya boleh mencecah 27.7km/L.

Integrasi dua komponen ini mampu hasilkan 80kW tenaga serta daya kilas sehingga 253 Nm, angka yang tertinggi dalam kelasnya. Menurut Honda, pengalaman memecut kereta ini setanding dengan kereta dengan enjin 2.5L.

Untuk perspektif, Honda city hatchback versi biasa ada 145Nm manakala Perodua Myvi ada 137Nm.

Makanya usah berangan untuk lumba drag di lampu isyarat dengan kereta ini.

Ultraseat diwarisi daripada Honda Jazz

Honda City Hatchback didatangkan dengan ciri Ultraseat tapi versi Sedannya tidak. Inilah salah satu keunikan kereta ini.

Bahagian kerusi penumpang belakang boleh dimanipulasi kedalam empat konfigurasi bagi memaksimumkan ruang yang ada. Anda boleh pilih sama ada mode refresh, utility, long, dan tall.

Ruang penyimpanan belakang versi e:HEV RS adalah 289L. Ia adalah angka yang kecil berbanding 354L pada Honda Jazz. Saiz boot untuk versi petrol tidak pula dikongsikan Honda Malaysia.

Saiz penyimpanan kecil ini disebabkan sebahagian ruang dimakan oleh bateri. Malah, kereta ini tidak didatangkan dengan tayar kecemasan. Hanya kit penampal sahaja ada. Tapi, versi petrol masih ditayangkan dengan tayar kecemasan tradisional.

Sistem infotainment 8″ yang sokong Apple Carplay dan Android Auto

Selain daripada varian S, tiga varian di atasnya menerima sistem infotainment yang lebih baik. Mereka beroleh sistem dengan panel paparan 8″ berwarna yang menyokong Apple Carplay dan Android Auto.

Tak perlu lagi cari pemegang telefon untuk tujuan navigasi. Kemudian, anda boleh lupakan radio FM dengan lawak bodoh kerana boleh dengar podcast dengan kandungan yang lebih berilmiah melalui sistem audio 8 speaker (varian V dan RS sahaja).

Sehingga 2 port USB boleh ditemui pada kereta ini untuk mengecas gajet anda.

Tags: automotifhondahonda cityHonda city hatchbackhonda city hatchback rshonda city hatchback rs ehev
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honda City Hatchback e:HEV RS: Maklumat penjualannya di Malaysia

Harga Honda City Hatchback versi hibrid diumum, beza sekurang-kurangnya RM20 ribu berbanding versi petrol

15 February 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER