• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan 25% diskaun tiket untuk perkhidmatan ETS & KTM Intercity, melalui Pakej Keluarga Malaysia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:53 pm
  • 16/02/2022
  • Komen
Dapatkan 25% diskaun tiket untuk perkhidmatan ETS & KTM Intercity, melalui Pakej Keluarga Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan Pakej Keluarga Malaysia menerusi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity. Pakej ini tersedia untuk warganegara Malaysia yang ingin menggunakan perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan.

Melaluinya, penumpang boleh dapatkan diskaun tambang perjalanan sebanyak 25% bagi pembelian minimum 4 tiket dalam satu transaksi. Diskaun ini layak untuk tiket dewasa dan kanak-kanak sahaja. Anda boleh dapatkannya sama ada untuk perjalan sehala atau dua hala. Pakej ini telah bermula dari 14 Februari dan terhad sehingga 31 Disember 2022.



Untuk nikmati diskaun ini, anda hanya perlu masukkan kod promo KMKTMB22 sebelum lakukan pembayaran tiket sama ada di laman sesawang rasmi KTMB, aplikasi KTMB Mobile di Android atau iOS, atau di kaunter tiket. Menariknya, kod diskaun ini boleh digunakan berulang kali oleh penumpang. Namun ia tertakluk kepada tarikh dan tempoh pembelian.

Saya cuba beli 4 tiket dewasa ETS, sehala dari KL Sentral ke Ipoh, dengan kos RM26 setiap satu. Setelah masukkan kod promo, jumlah yang perlu saya bayar hanyalah RM80 sahaja. Maka, jika beli tiket kanak-kanak, tentu harganya akan lebih murah. Oleh itu, sekiranya anda ada merancang untuk melancong atau pulang beraya dengan menaiki ETS bersama keluarga, pastikan anda sertakan kod promo sebelum lakukan pembayaran.



[Sumber: Bernama, KTMB, KTMB]

Tags: ETSKTMB
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Dapatkan 25% diskaun tiket untuk perkhidmatan ETS & KTM Intercity, melalui Pakej Keluarga Malaysia

Dapatkan 25% diskaun tiket untuk perkhidmatan ETS & KTM Intercity, melalui Pakej Keluarga Malaysia

16 February 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN