• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Lenovo

Lenovo tawar diskaun peranti sehingga 49% sempena jualan 3.3, pelbagai manfaat tambahan menanti ahli LenovoPRO

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:02 pm
  • 16/02/2022
  • Komen
Lenovo tawar diskaun peranti sehingga 49% sempena jualan 3.3, pelbagai manfaat tambahan menanti ahli LenovoPRO
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo menawarkan pelbagai tawaran menarik bersempena jualan 3.3 yang akan datang. Jualan bermusim ini akan menampilkan pelbagai peranti untuk kegunaan kerja dan peribadi.

Bermula dari 24 Februari hingga 13 Mac 2022, Lenovo menawarkan diskaun sehingga 49% untuk PC terpilih, desktop, laptop, komputer stesen kerja dan PC permainan. Pelanggan boleh nantikan tawaran kilat 24 jam setiap hari, sepanjang tempoh promosi untuk dapatkan tablet dan komputer riba terpilih yang disediakan.



Untuk ahli LenovoPRO, anda boleh nikmati faedah yang lebih besar melalui akses awal eksklusif yang diberikan untuk jualan ini, iaitu bermula dari 21 Februari 2022. Dalam masa yang sama, ahli LenovoPRO akan menerima diskaun tambahan sehingga 12% dari diskaun yang sedia ada berdasarkan peringkat keahlian.

Selain itu, ahli LenovoPRO juga boleh mendapat manfaat daripada 30 hari perkhidmatan jaminan produk dan pilihan pembiayaan eksklusif seperti trade in, ansuran percuma dan DaaS (Device as a Service). Dengan menyertai program keahlian LenovoPRO, ahli yang layak boleh menikmati harga khas dan akses awal untuk tawaran masa terhad bagi komputer riba perniagaan. Dalam masa yang sama, bagi meraikan pelancaran jualan ini, Lenovo akan menghadiahkan penginapan 2 hari 1 malam di Traders Hotel Kuala Lumpur kepada pelanggan LenovoPRO yang paling banyak berbelanja.



Berikut merupakan antara peranti Lenovo yang boleh didapatkan dalam promosi 3.3 ini:

  1. Laptop Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen 9 – Harga bermula dari RM6,795.34 (Harga asal RM11,029). Tambah RM 72.72 untuk 1 tahun App Smart Performance Vantage bagi memastikan sistem laptop bekerja secara optimum.
  2. Laptop Lenovo V15 Gen 2 – Harga bermula dari RM2,788 (Harga asal RM3,499). Tambah RM 483.50 untuk jaminan premium 3 tahun.
  3. Laptop Lenovo ThinkBook 15 Gen 2 – Harga bermula dari RM3,887.89 (Harga asal RM5,109). Tambah RM106.80 untuk perlindungan kerosakan akibat kemalangan selama 1 tahun.
Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen 9
Lenovo V15 Gen 2
Lenovo ThinkBook 15 Gen 2

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi lain bersempena dengan jualan 3.3 ini, anda boleh lawati kedai dalam talian Lenovo. Semua promosi sah sementara stok masih ada. Jika mahu menyertai program keahlian LenovoPRO secara percuma, lawati laman web ini dan dapatkan hadiah alu-aluan dengan pembelian pertama anda sebagai ahli LenovoPRO.

Tags: lenovo
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lenovo tawar diskaun peranti sehingga 49% sempena jualan 3.3, pelbagai manfaat tambahan menanti ahli LenovoPRO

Lenovo tawar diskaun peranti sehingga 49% sempena jualan 3.3, pelbagai manfaat tambahan menanti ahli LenovoPRO

16 February 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN