• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Poco X4 Pro 5G macam turun taraf daripada generasi sebelumnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:56 pm
  • 18/02/2022
  • Komen
Poco X4 Pro 5G macam turun taraf daripada generasi sebelumnya
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir telefon berjenama Poco masuki Malaysia adalah sewaktu awal November 2021 menerusi pelancaran Poco M4 Pro 5G. Pada ketika itu, ia adalah antara telefon 5G paling mampu milik kerana harga permulaannya adalah RM849. Jangkakan telefon 5G baharu daripada Poco iaitu model Poco X4 Pro tak lama lagi disebabkan ada yang sudah memandu ujinya di pasaran luar walaupun ia belum dilancarkan secara rasmi.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, Poco X4 Pro diperkasa cip Snapdragon 695 5G, cip yang boleh anda temukan pada Redmi Note 11 Pro 5G ataupun Realme 9 Pro. Berbanding Poco X3 Pro tahun sudah, cip baharu ini berada dalam kategori lebih rendah kerana X3 Pro dulu diperkasa Snapdragon 860 yang lebih berkuasa.



Saya boleh katakan yang rekaan telefon ini hampir serupa dengan Redmi Note 11 Pro. Misalnya, ia ada paparan AMOLED FHD+ 120Hz 6.67” sama besar dan rekaan kuboid bersisi tajam dan kedudukan kamera sama. Kalau ada bezapun adalah pada kemasan belakang dan fizikaliti modul kamera.

Spesifikasi kamera Poco X4 Pro pun sama saja dengan Redmi Note 11 Pro 5G. Ia ada kamera utama 108MP, kamera ultralebar 8MP, dan kamera makro 2MP disamping kamera selfie 16MP.



Seperti biasa, tenaganya diambil daripada bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W. Lain-lain ciri menarik adalah pada konfigurasi speaker stereo dan kehadiran pengimbas NFC.

Sumber: Yabishekhd, Yogesbrar

Bacaan berkaitan

Poco M4 Pro 5G miliki banyak naik taraf, bukan lagi telefon 5G termurah – SoyaCincau.com

Tags: 5gandroidPocopoco x4 propoco x4 pro 5gtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Poco X4 Pro 5G macam turun taraf daripada generasi sebelumnya

Poco X4 Pro 5G macam turun taraf daripada generasi sebelumnya

18 February 2022
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN