• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Projektor kompak Samsung The FreeStyle akan tiba ke Malaysia, daftar minat sekarang

  • OLEH Najib
  • 12:55 pm
  • 21/02/2022
  • Komen
Samsung The Freestyle: Projektor mudah alih paling versatil
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu produk menarik yang dilancarkan Samsung di pameran CES 2022 adalah The Freestyle. Ia adalah projektor pelbagai guna yang kecil dan kompak, lengkap dengan pembesar suara dan pencahayaan persekitaran pintar.

Kini Samsung Malaysia mengesahkan bahawa projektor super versatil mereka ini akan datang ke sini. Sehubungan itu, Samsung Malaysia telah membuka pendaftaran minat untuk peminat yang mahu menjadi yang pertama tahu tentang berita kedatangan The Freestyle ke Malaysia.



Pendaftaran minat ini dibuka di laman web Samsung Malaysia, dari 21 Februari sehingga 6 Mac 2022. Tidak pula ada ganjaran untuk pendaftaran minat ini, berbeza dengan siri Galay S22 dahulu yang menyediakan e-baucar RM200. Walaupun tidak menyatakan bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia, kita boleh menganggarkannya pada minggu selepas 6 Mac 2022.

Spesifikasi The Freestyle

Walaupun kecil, The Freestyle lengkap dengan fungsi yang biasa ditemui di projektor seperti auto keystone dan auto leveling, untuk gambar dipaparkan dengan tepat di mana-mana permukaan. Ia ditambah lagi dengan fungsi auto fokus, memastikan pancaran yang sentiasa tajam dalam apa jua saiz dan sudut, sehingga selebar 100-inci.



https://youtu.be/6lnY8oqVh3A

Sistem bunyi The Projector pula dihasilkan dengan bantuan dua radiator pasif untuk bunyi bass yang dalam dan tidak pecah. Ia juga mampu mengeluarkan bunyi ke semua arah 360-darjah untuk dinikmati dalam apa jua keadaan, dalam kualiti tinggi.

Tahap mudah alih The Freestlye bertambah fleksibel kerana ia menerima kuasa menerusi sambungan USB-C. Bermakna, selain disambung kepada kepala pengecas yang menyokong USB-C, ia juga boleh dikuasakan daripada powerbank yang boleh menyalurkan tenaga 50W/20V dan ke atas menggunakan teknologi USB-PD.

Sebagai peranti pintar, The Freestyle menawarkan fungsi Smart TV dengan perkhidmatan strim terbina di dalamnya. Ini membolehkan ia menjadi skrin pendua dan memaparkan apa jua tayangan menggunakan peranti Android dan iOS yang serasi.

Projektor Samsung The Freestyle telah dijual di Amerika Syarikat pada harga USD 899.99 (~RM3,774). Sedikit sebanyak, kita boleh menjangkakan harga jualannya di Malaysia sedikit rendah berbanding harga di Amerika Syarikat.

Tags: samsungSamsung The Freestyle
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Samsung The Freestyle: Projektor mudah alih paling versatil

Projektor kompak Samsung The FreeStyle akan tiba ke Malaysia, daftar minat sekarang

21 February 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER