• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram kemaskini pilihan had masa harian, tiada lagi tempoh 5 & 10 minit

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:12 pm
  • 23/02/2022
  • Komen
Instagram kemaskini pilihan had masa harian, tiada lagi tempoh 5 & 10 minit
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, pengguna boleh menetapkan had masa harian (daily limit) penggunaan Instagram dengan tempoh minimum 5 minit sehari. Maka, selepas 5 minit, pengguna akan diberikan notifikasi bahawa mereka sudah mencapai had yang dipilih. Ciri ini sangat membantu untuk individu tetapkan masa skrin bersama Instagram. Tetapi kini tempoh 5 dan 10 minit tiada lagi dalam pilihan, malah had minimum telah ditukar kepada 30 minit dan maksimum tiga jam.

Dalam tangkap layar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram, dia sebelum ini telah menetapkan daily limit 10 minit untuk Instagram. Tetapi, satu mesej pop-up pada bahagian Feed meminta dia menetapkan had yang baru. Had yang tersedia telah ditukar kerana ia merupakan sebahagian dari kemaskini aplikasi. Dia juga menerima satu lagi mesej pop-up pada halaman Time. Disitu dinyatakan bahawa had harian 10 minit yang ditetapkan sebelum ini tidak lagi disokong.



Instagram kemudian mengesahkan perkara ini melalui Twitter. Menurutnya, mereka ada dua ciri pengurus masa, pertama ialah daily limit. Ia akan menunjukkan notifikasi apabila anda sudah mencapai masa harian menggunakan Instagram.

Kedua ialah Take A Break, ciri ini ada 10 minit selang waktu. Ia akan menunjukkan peringatan dalam skrin penuh, supaya pengguna berehat setelah luangkan masa yang panjang di aplikasi itu. Contohnya, peringatan akan dipaparkan selepas anda akses Instagram selama 10 minit tanpa berhenti.



Jadi, pilihan had masa daily limit ini sebenarnya dikurangkan adalah untuk mengelakkan Instagram menghantar berbilang notifikasi kepada pengguna dalam satu masa. Contohnya, minit pertama Instagram hantar notifikasi dari daily limit, kemudian diikuti pula notifikasi dari Take A Break.

We changed the ‘daily limit’ options to avoid sending people multiple notifications at the same time. More on ‘Take A Break’ here: https://t.co/5kj0RInU05

— Instagram Comms (@InstagramComms) February 21, 2022

Berikutan had masa 5 dan 10 minit tidak lagi disokong, maka anda perlu tukarkannya sama ada kepada 30 minit, 45 minit, 1 jam, 2 jam atau 3 jam supaya anda kekal terima notifikasi apabila telah mencapai had masa harian. Daily limit ini sangat penting untuk diaktifkan supaya pengguna disiplin menggunakan Instagram dan tidak hanya meluangkan masa di aplikasi itu sahaja.

[Sumber: TheVerge]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Instagram kemaskini pilihan had masa harian, tiada lagi tempoh 5 & 10 minit

Instagram kemaskini pilihan had masa harian, tiada lagi tempoh 5 & 10 minit

23 February 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER