• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PLUS jawab kenapa laluan RFID Jalan Duta beratur panjang Isnin lepas

  • OLEH Najib
  • 9:58 am
  • 23/02/2022
  • Komen
PLUS jawab kenapa laluan RFID Jalan Duta beratur panjang Isnin lepas
Share on FacebookShare on Twitter

Pada pagi hari Isnin lepas, ada pengguna PLUS mengadu terpaksa beratur panjang di laluan RFID di Plaza Tol PLUS Jalan Duta. Sehubungan itu, pengendali lebuhraya tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan tentang perkara tersebut, kerana masalah yang terjadi bukan akibat RFID.

Perfect picture of how inefficient RFID lanes are 🙄 pic.twitter.com/OpZi6Y4jAH

— Adam J. (@ad4mjohnston) February 21, 2022

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, PLUS mendapati terdapat beberapa pemandu tidak memiliki baki mencukupi dan cuba membuat tambah nilai Touch n Go eWallet mereka di laluan RFID pada waktu puncak, antara pukul 8 pagi sehingga 8.59 pagi pada hari Isnin, 21 Februari 2022. PLUS memohon maaf tentang masalah yang timbul dan akan membantu pengguna dengan baki tidak mencukupi, untuk dengan membawa kenderaan mereka ke tempat yang selamat dan tidak mengganggu trafik di laluan RFID untuk menambah nilai eWallet.



Pastikan baki eWallet mencukupi

Tidak kira sama ada menggunakan kad fizikal Touch n Go, SmartTAG atau RFID, semua pengguna perlu memastikan untuk memiliki baki yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Untuk mengelakkan rasa malu akibat “BAKI KURANG” terpapar di plaza tol di masa hadapan, pengguna RFID digalakkan untuk mengaktifkan fungsi “auto-reload” atau tambah nilai automatik pada aplikasi Touch n Go eWallet. Ia boleh dilakukan di dalam aplikasi dan nilai untuk ditambah boleh ditetapkan mengikut keinginan pengguna.

Pengguna RFID juga diingatkan untuk masuk dan keluar lebuhraya PLUS menggunakan cara pembayaran yang sama. Kalau masuk dengan RFID, maka harus keluar dengan RFID juga. Jika tidak, pengguna akan dikenakan penalti iaitu caj tertinggi penggunaan lebuhraya. Untuk pengguna RFID kali pertama, dinasihatkan untuk bergerak perlahan di laluan RFID dan pastikan ada jarak yang agak jauh dari kenderaan di hadapan.



Cara untuk menetapkan tambah nilai automatik TNG eWallet

Untuk mengaktifkan tambah nilai automatik di Touch n Go eWallet, ikuti langkah berikut:

  1. Lancar aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Tekan pada ‘Reload’ di sudut kiri atas, kemudian tekan ‘eWallet Balance’
  3. Tekan pada ‘Auto Reload’ di sebelah kanan
  4. Tetapkan nilai terendah untuk tambah nilai automatik dibuat, dan nilai yang mahu ditambah
  5. Pilih kad yang mahu digunakan untuk tambah nilai automatik dan tekan ‘Save’

Lain-lain masalah RFID

Selain tidak cukup baki, terdapat juga kes kenderaan tanpa RFID memasuki laluan RFID. Laluan RFID dikhususkan untuk pengguna RFID sahaja dan tidak berfungsi untuk pengguna SmartTAG dan kad fizikal Touch n Go.

Ada juga laporan menyatakan masalah pengesanan RFID kerana pemasangan yang tidak sempurna. Touch n Go, penyedia tag RFID mencadangkan untuk tag RFID dipasang di luar kenderaan sama ada di cermin sebelah penumpang atau di lampu hadapan. Ia juga perlu dipasang jauh dari besi di kenderaan, sekurang-kurangnya 5cm.

Terdapat pengguna yang memasang RFID dengan cara yang tidak disyorkan, seperti memegang tag dengan tangan atau memasangnya di dalam kenderaan di pemegang RFID. Mungkin cara ini berjaya tetapi ia juga mungkin tidak berjaya kerana masalah lapisan cermin atau faktor gangguan lain. Antara ciri keselamatan tag RFID adalah ia tidak boleh digunakan jika dicabut selepas dipasang. Jika anda tidak tahu, tag RFID yang dijual Touch n Go pada harga RM35 datang dengan satu kali penggantian percuma.

Apa pengalaman anda menggunakan RFID? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

[Sumber Gambar: @ad4mjohnston]

Bacaan Berkaitan

  • Pemegang khas tag RFID dijual di Shopee, bolehkah dibeli dan digunakan?
  • PERINGATAN: SmartTAG tidak boleh digunakan di lorong RFID
  • 6 perkara PLUS dan Touch n Go patut buat untuk pelaksanaan RFID lebih lancar
  • Boleh tak pegang RFID dengan tangan untuk bayar tol?
Tags: plusrfidTouch n Go
Najib

Najib

POPULAR

PLUS jawab kenapa laluan RFID Jalan Duta beratur panjang Isnin lepas

PLUS jawab kenapa laluan RFID Jalan Duta beratur panjang Isnin lepas

23 February 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER