• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Muat turun aplikasi meragukan & kongsi akaun bank kepada polis, mangsa rugi hampir RM20 ribu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:16 pm
  • 24/02/2022
  • Komen
Muat turun aplikasi meragukan & kongsi akaun bank kepada polis, mangsa rugi hampir RM20 ribu
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh kerana terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis, dua mangsa lelaki menjadi mangsa Macau scam serta alami kerugian bernilai hampir RM20,000.

Mangsa pada mulanya dihubungi kakitangan ‘LHDN’ dan suspek mendakwa bahawa mangsa mempunyai cukai tertunggak yang belum dijelaskan. Dia kemudiannya disambungkan kepada ‘polis’. Seterusnya, mangsa dimaklumkan nama mereka terbabit dalam jenayah dadah, sebelum diarahkan untuk memuat turun satu aplikasi dan mengisi maklumat akaun bank di dalam aplikasi itu.



Selepas beberapa minit, mangsa menerima notifikasi SMS dan mendapati berlaku pengurangan wang sebanyak RM5,600 serta RM13,700.50 dalam akaun bank. Mangsa yang berusia 36 dan 29 tahun masing-masing bekerja sebagai jurutera dan pegawai khidmat pelanggan ditipu pada 15 serta 17 Februari lalu dan telah membuat laporan polis pada hari kejadian.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak menasihatkan orang awam agar tidak memuat turun aplikasi yang tidak berkaitan dan menyerahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga. Kes ini disiasat mengikut seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana membuat capaian tanpa kuasa sah terhadap akaun mangsa.



Ini bukanlah kali pertama kes berkaitan scam melibatkan aplikasi palsu berlaku dalam kalangan masyarakat. Justeru, masyarakat perlu lebih peka dengan taktik penipuan yang semakin berleluasa. Bagi mengelak dari menjadi mangsa, pastikan anda tidak mendedahkan maklumat peribadi sewenang-wenangnya kepada orang lain. Kenali juga ciri-ciri aplikasi palsu dan elak dari memuat turunnya.

[Sumber: BH]

Bacaan berkaitan

  • Aplikasi palsu bahaya kepada diri dan peranti anda, ini cara mengesannya
  • Diperdaya muat turun aplikasi palsu Bank Negara, seorang guru rugi RM75,000
  • Kenali ciri-ciri SMS scam & cara elak dari menjadi mangsa penipuan
Tags: SCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Muat turun aplikasi meragukan & kongsi akaun bank kepada polis, mangsa rugi hampir RM20 ribu

Muat turun aplikasi meragukan & kongsi akaun bank kepada polis, mangsa rugi hampir RM20 ribu

24 February 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN