• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Oppo Find X5: Anda perlu ambil perhatian kepada flagship 2022 ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:57 pm
  • 24/02/2022
  • Komen
Siri Oppo Find X5: Anda perlu ambil perhatian kepada flagship 2022 ini
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo memperkenalkan siri Find X5 Pro 5G untuk pasaran Eropah melalui satu pelancaran maya. Ada pelbagai perkara baru yang pastinya menarik perhatian anda seperti penggunaan cip flagship Snapdragon tahun 2022, cip pemproses imej MariSilicon X, penstabil imej optikal 5 paksi, serta pengecasan pantas 80W.

Harga siri Oppo Find X5 Pro 5G

Tempahan awal untuk memiliki siri Oppo Find X5 Pro 5G sudahpun bermula. Hari pertama jualannya adalah pada 14 Mac 2022. Masing-masing 1 jenis konfigurasi RAM dan storan ditawarkan dan berikut adalah harga jualannya:



  • Oppo Find X5 Pro 5G (12+256) – EUR1,299 (RM6,103)
  • Oppo Find X5 Pro (8+256) – EUR999 (RM4,693)

Perlu diingatkan yang harga dalam pasaran Eropah memang biasanya nyata lebih tinggi berbanding di Malaysia. Sebagai perbandingan, Oppo Find X3 Pro di Eropah harganya adalah EUR1,149 (RM5,397) berbanding RM4,299 di Malaysia.

Spesifikasi Oppo Find X5 Pro 5G

Oppo Find X5 Pro adalah sebuah telefon dengan paparan bersaiz 6.7” QHD+. Ia menggunakan panel LTPO AMOLED dengan kadar segar semula setinggi 120Hz. Kaca Corning Gorilla Glass Victus yang melengkung di kedua-dua bahagian sisi melindungi paparannya.



Ia hadir dalam warna Glaze Black ataupun Ceramic White untuk dipilih. Seperti nama warnanya, bahagian belakang Oppo Find X5 Pro 5G diperbuat daripada seramik yang teguh.

Rekaan fizikal masih dikekalkan termasuklah pada kedudukan butang-butang dan lubang-lubang.

Atas papan utama, Oppo Find X5 Pro diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 1 dan dibekalkan RAM 12GB beserta storan 256GB. Seperti model terdahulu, hanya ada satu varian sahaja yang diperkenalkan.

Kamera belakang telefon ini masih menggunakan rekaan macam Find X3 Pro. Anda bakal temukan bonjolan kamera belakang melengkung dengan tiga buah lensa bersedia untuk mengambil gambar. Untuk tahun 2022, Oppo sudah tak lagi menyertakan kamera mikrolens.

Konfigurasi kamera antara dua generasi ini hampir sama kalau tak diambil kira kamera mikrolens. Anda masih akan temui dua kamera 50MP (utama dan ultralebar) dan satu lagi kaera 13MP untuk telefoto. Kedua-dua kamera 50MP mengekalkan penggunaan sensor IMX766 hasil kajian bersama Oppo bersama Sony.

Kamera selfie pun tetap 32MP seperti dulu. Cumanya pada Oppo Find X5 Pro kali ini, kerja-kerja memproses data daripada sensor dilakukan MariSilicon X yang mereka perkenalkan sewaktu mereka melancarkan Oppo Find N tempoh hari.

MariSilicon X dikatakan Oppo mampu memproses isyarat digital daripada sensor berkali ganda lebih baik. Dengan cip ini, Oppo mampu memasukkan ciri merakam video 4K dengan fungsi HDR terpasang.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 80W ataupun AirVOOC 50W. Ia lebih baik daripada telefon generasi sebelum ini yang dilengkapi bateri 4,500mAH dan pengecasan 65W.

Spesifikasi Oppo Find X5 5G

Ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik, Oppo Find X5 5G banyak tawarkan ciri-ciri daripada versi Pro dengan kelainan di beberapa tempat. Contohnya, ia sedikit kecil. Panel paparannya adalah yang bersaiz 6.55” pada resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Bahagian belakang telefon ini tidak diperbuat daripada seramik, tetapi kaca dengan kemasan matte seperti Find X3 Pro. Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 888, cip yang memperkasa telefon generasi terdahulu, tapi masih amat berupaya untuk memenuhi keperluan masa ini.

Baterinya sedikti kecil pada 4,800mAh tapi masih menyokong SuperVOOC 80W tapi pengecasan wayarles adalah AirVOOC 30W.

Di bahagian pengimejan, komponen-komponen kameranya adalah sama dengan versi pro. Anda dapat 2 kamera 50MP dan 1 kamera telefoto 13MP beserta kamera selfie 32MP. MariSilicon X turut terpapar pada helaian spesifikasi telefon ini.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Oppo Find X3 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu tentangnya – SoyaCincau.com

Tags: androidoppooppo findoppo find x5oppo find x5 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Oppo Find X5: Anda perlu ambil perhatian kepada flagship 2022 ini

Siri Oppo Find X5: Anda perlu ambil perhatian kepada flagship 2022 ini

24 February 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER