• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kapal terbang terbesar dunia dilapor musnah dibedil Russia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:35 pm
  • 28/02/2022
  • Komen
Kapal terbang terbesar dunia dilapor musnah dibedil Russia
Share on FacebookShare on Twitter

Macam-macam yang sedang berlaku dalam konflik Ukraine-Russia masa ini. Tapi yang paling mencuri tumpuan sekarang adalah tentang kapal terbang terbesar di atas muka bumi ini.

The biggest plane in the world "Mriya" (The Dream) was destroyed by Russian occupants on an airfield near Kyiv. We will rebuild the plane. We will fulfill our dream of a strong, free, and democratic Ukraine. pic.twitter.com/Gy6DN8E1VR

— Ukraine / Україна (@Ukraine) February 27, 2022

Menurut Twitter rasmi negara Ukraine, Antonov “Mriya” AN-225 dilaporkan telah termusnah akibat satu serangan tentera Russia ke atas salah satu lapangan terbang di Ukraine.



Kapal terbang mega ini adalah produk daripada Perang Dingin A.S – Kesatuan Soviet dan mula terbang pada 1988 sehinggalah hari ini untuk mengangkut pelbagai kargo ke serata dunia. Malahan, mesin terbang ini pernah singgah ke Malaysia dalam perjalanan mereka menghantar komponen janakuasa seberat 130 tan ke Perth, Australia.

Presenting to you, Mriya!#MYairportsaircraft #plane #antonov #an225 pic.twitter.com/44qNvll33O

— Malaysia Airports (@MY_Airports) May 14, 2016

Mriya, dengan lebar sayap 88.4 meter adalah lebih besar daripada pesawat penumpang Airbus A380 sebanyak 9 meter.



Merujuk kembali kepada Tweet yang diutuskan, tidaklah mustahil untuk negara itu untuk membina sebuah lagi kapal terbang yang sama. Hal ini kerana, memang terdapat satu lagi rangka AN-225 yang tidak siap dibina di dalam negara Ukraine.

Rangka AN-225 yang tidak siap ada dalam bangsal di Ukraine (sumber)

Asalnya, sebanyak 3 unit AN-225 ingin dibina tetapi apabila Kesatuan Soviet jatuh dalam tahun 1991, pembangunan unit ke-2 AN-225 telah dihentikan dalam tahun 1994. Setakat 2018, CNN melaporkan yang kapal terbang ini sudahpun 70% siap sebelum dihentikan pembangunannya.

Tags: antonovantonov an-225russiaukraine
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Kapal terbang terbesar dunia dilapor musnah dibedil Russia

Kapal terbang terbesar dunia dilapor musnah dibedil Russia

28 February 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER