• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

711 kopi percuma di 7-Eleven untuk rakan pemandu dan penghantar AirAsia Ride, Xpress, Food dan Grocer

  • OLEH Najib
  • 4:12 pm
  • 28/02/2022
  • Komen
711 kopi percuma di 7-Eleven untuk rakan pemandu dan penghantar AirAsia Ride, Xpress, Food dan Grocer
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia Super App, aplikasi yang menyediakan pelbagai pengangkutan dan gaya hidup, hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan rangkaian kedai serbaneka terbesar di Malaysia, 7-Eleven. Kerjasama ini akan menyediakan tawaran menarik bukan sahaja kepada pengguna dan penumpang AirAsia Super App, tetapi juga kepada rakan penghantar dan pemandu AirAsia Ride, AirAsia Xpress, AirAsia Food dan AirAsia Grocer.

Diskaun kopi semasa menunggu

Untuk pengguna AirAsia Ride, mereka boleh memilih mana-mana dari lebih 1,800 cawangan 7-Eleven di seluruh Malaysia sebagai lokasi pengambilan untuk tempahan perjalanan. Di situ, pengguna yang menunggu ketibaan pemandu boleh membeli mana-mana kopi 7-Eleven pada harga diskaun RM1, kecuali di 7Cafe.



Pengguna yang tidak pernah menggunakan AirAsia Ride, boleh mendapatkan kod istimewa di resit pembelian 7-Eleven untuk perjalanan pertama di AirAsia Ride. Atau gunakan kod promosi “NEW2RIDE” untuk diskaun RM5 dalam perjalanan pertama AirAsia Ride.

711 Kopi Percuma

Tidak hanya memberi keistimewaan kepada pengguna, kerjasama AirAsia Super App dan 7-Eleven turut menyediakan ganjaran berupa 711 cawan kopi percuma buat rakan penghantar dan pemandu AirAsia Ride, AirAsia Xpress, AirAsia Food dan AirAsia Grocer. Ganjaran ini boleh ditebus di mana-mana cawangan 7-Eleven pada satu hari sahaja, 28 Februari 2022.



Di samping itu, semua rakan penghantar dan pemandu boleh mendapatkan kopi di 7-Eleven pada harga istimewa, selama tiga bulan bermula dari 28 Februari 2022 sehingga akhir Mei 2022.

AirAsia Ride telah dilancarkan pada Ogos 2021, kini beroperasi di beberapa bandar utama di Malaysia termasuk Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, Seremban dan Melaka. Menurut AirAsia, perkhidmatan ini lebih menguntungkan rakan pemandu kerana mereka menerima 85% daripada tambang bersih (tidak termasuk caj tol), lebih tinggi daripada perkhidmatan e-panggilan lain di pasaran. Penumpang yang ingin mendapatkan pemandu lebih pantas pula, boleh tawarkan upah yang lebih tinggi berbanding yang disarankan supaya pemandu lebih tertarik untuk mengambil tempahan mereka.

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia Ride dilancarkan, pesaing Grab terbaru dan ini kelebihannya
  • AirAsia Ride tawar perjalanan percuma sempena Hari Kebangsaan
  • AirAsia sasar jadi syarikat serupandu dan penghantaran makanan terbesar di Asia
Tags: 7-ElevenAirAsiaAirAsia FoodAirAsia Grocerairasia rideAirasia Super AppAirAsia Xpress
Najib

Najib

POPULAR

711 kopi percuma di 7-Eleven untuk rakan pemandu dan penghantar AirAsia Ride, Xpress, Food dan Grocer

711 kopi percuma di 7-Eleven untuk rakan pemandu dan penghantar AirAsia Ride, Xpress, Food dan Grocer

28 February 2022
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN