• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MatePad Paper, hanya ada satu sebab kenapa anda akan dapatkannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:56 pm
  • 28/02/2022
  • Komen
MatePad Paper, hanya ada satu sebab kenapa anda akan dapatkannya
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei mengumumkan satu siri baharu dalam keluarga tablet mereka iaitu MatePad Paper. Ia adalah sebuah tablet yang dikuasakan HarmonyOS bezanya paparannya cuma mampu paparkan warna hitam ataupun putih. Pada saya produk ini amat niche dengan paparan hitam putih daripada teknologi e-paper.

MatePad Paper ada paparan 10.3″ dengan cakupan 86.3% muka depannya

Harganya pun bukanlah murah. Dalam pasaran Eropah, ia ada tanda harga EUR499. Ia lebih mahal mahal daripada iPad generasi ke-9 berharga bermula EUR379.



Namun, sekiranya anda perlukan Kindle dengan paparan yang lebih besar, inilah solusinya. MatePad Paper ada paparan 10.3” daripada jenis e-ink. Buat yang biasa dengan panel jenis ini, ia tiada masalah untuk dilihat dalam apa-apa keadaan. Penggunaan panel paparan jenis ini juga bermakna tablet ini sangat jimat tenaga, sehingga 4 minggu lamanya dalam mode standby.

Atas papan utama, ia ada RAM 4GB dan storan 64GB. Ia tiada slot SIM tapi sambungan Internet berlaku menggunakan Wi-Fi 6. Ada sepasang speaker hadir pada badan tablet ini cumanya ia mungkin bukanlah ditujukan untuk menonton video dek sifat paparan e-paper yang miliki kadar segar semula yang rendah. Anda masih boleh guna speaker ini untuk mendengar audio.



Satu benda menarik tentang MatePad Paper adalah ia hadir dengan stailus M-Pencil generasi ke-2 dan pengguna boleh gunakannya untuk mencatat nota. Lebih bagus, stailus ini didatangkan secara percuma bersama-sama cover.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Tablet 5G pertama Malaysia ini datangnya dari Huawei – SoyaCincau.com

Huawei MatePad T10 kini ada varian storan lebih besar, varian sedia ada diberi diskaun RM300 – SoyaCincau.com

Tags: androidHuaweihuawei matepadhuawei matepad papertablet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

MatePad Paper, hanya ada satu sebab kenapa anda akan dapatkannya

MatePad Paper, hanya ada satu sebab kenapa anda akan dapatkannya

28 February 2022
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER