• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple patenkan Mac dalam papan kekunci

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:02 am
  • 28/02/2022
  • Komen
Apple patenkan Mac dalam papan kekunci
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dilapor telah beroleh satu paten keatas rekaan baharu komputer Mac mereka. Mac dengan rekaan baharu ini tidak perlukan badan asing untuk menempatkan komponen CPU sebaliknya ia disekalikan dalam badan papan kekunci.

Gambar rajah daripada dokumen paten

Tidaklah diketahui produk ini akan direalisasikan. Tapi, kalau anda mahukan Mac paling kecil, setakat ini anda ada Mac Mini yang berharga serendah RM2,999. Ia diperkasa cip Apple M1 dengan RAM sekurang-kurangnya 8GB dan sotran sekurang-kurangnya 256GB.



Kalaupun Apple merealisasikan Mac dalam bentuk keyboard, anda bolehlah jangkakan port I/O seperti Thunderbolt 3, HDMI 2.0, 2 USB-C, jek audio 3.5mm, dan Ethernet.

Raspberry Pi 400

Ia bukanlah satu konsep yang baharu. Komputer yang dirumahkan dalam kelongsong papan kekunci sudahpun wujud lebih 3 dekad yang lalu, contohnya Commodore 64 tahun 1982. Kalau anda nak bercerita tentang komputer moden, Raspberry Pi 400 turut menggunakan konsep yang sama malahan anda boleh dapatkannya pada harga RM355 sahaja sekiranya berminat.



Commodore 64

Sumber: Patenly Apple, USPTO

Bacaan berkaitan

Produk Raspberry Pi Ini Dicanang Sebagai Pengganti Desktop Pada Harga Kurang RM150 – SoyaCincau.com

Tags: applemacmac mini
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple patenkan Mac dalam papan kekunci

Apple patenkan Mac dalam papan kekunci

28 February 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN